Op Selamat hari ke-9 catat 16 kematian

Razarudin
Razarudin
A
A
A

IPOH - Sejumlah 16 kematian telah dicatatkan pada hari kesembilan Op Selamat 15/2019 di negeri ini, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, terdapat peningkatan pada jumlah kes kemalangan apabila merekodkan 1,167 kes berbanding 1,084 kes pada Ops Selamat 13/2018.

Menurutnya, jumlah itu menyaksikan peningkatan sebanyak 83 kes dalam tempoh yang sama.

“Sebanyak 16 kemalangan maut dengan 16 kematian direkodkan di negeri ini setakat semalam berbanding 20 kemalangan maut dan 21 kematian dalam tempoh sama tahun lalu.

"Daerah Ipoh mencatatkan kes tertinggi iaitu 384 kes diikuti Taiping sebanyak 153 kes selain Hilir Perak (90), Tapah (84), Manjung (78), Kuala Kangsar (68) dan Kerian (65)," katanya.

Razarudin berkata, kemalangan maut tertinggi dicatatkan di daerah Ipoh dengan lima kes.

“Gerik merekodkan dengan tiga kes manakala Kerian dan Perak Tengah pula masing-masing dua kes. Daerah Tapah, Hilir Perak, Kampar dan Sungai Siput pula merekodkan satu kes.

“Sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 13,613 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan berbanding 23,342 saman dalam tempoh sama tahun lalu," katanya.

Artikel Berkaitan: