Banjir kilat: 14 mangsa dipindahkan di Kampar

Paras air mula naik di kediaman penduduk malam tadi.
Paras air mula naik di kediaman penduduk malam tadi.
A
A
A

KAMPAR - Seramai 14 penduduk Kampung Cabang Dua Kuala Dipang terpaksa dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air akibat hujan lebat sejak malam tadi.

Kesemua mereka termasuk enam kanak-kanak daripada dua keluarga ditempatkan sementara di Dewan Orang Ramai Kampung Kuala Dipang yang dibuka secara rasmi jam 10 pagi tadi.

Sakreteriat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Daerah Kampar dalam satu kenyataan memaklumkan, paras air mula naik sekitar jam 10.20 malam.

Mangsa ditempatkan sementara di Dewan Orang Ramai Kampung Kuala Dipang.
Mangsa ditempatkan sementara di Dewan Orang Ramai Kampung Kuala Dipang.

Menurutnya, sehingga jam 9 pagi tadi, keadaan air masih bertakung menyebabkan kerja-kerja pemindahan mangsa dilakukan bagi mengelak insiden tidak diingini.

"Keadaan paras air di kediaman sekitar 0.3 meter dan sehingga kini, belum ada tanda air akan surut.

"Pasukan keselamatan kini dalam keadaan berjaga-jaga memandangkan keadaan cuaca mendung," katanya.

Artikel Berkaitan: