Datuk rugi RM17,000 ditipu 'cucu'

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Niat murni seorang warga emas membantu meminjamkan wang kepada cucunya bagi tujuan perniagaan memakan diri apabila dihubungi individu yang menyamar sebagai cucu pada 2 Mei lalu.

Taktik licik suspek berjaya memperdaya lelaki berusia 73 tahun dari Cameron Highlands itu apabila menyerahkan RM17,000 seperti yang diminta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa percaya cucunya memerlukan wang meminjamkan RM1,00.

"Wang itu dimasukkan ke sebuah akaun bank atas nama individu lain. Pada hari yang sama 'cucunya' itu menghubungi mangsa minta sejumlah wang lagi kerana RM1,000 yang dipinjamkan itu tidak cukup.

"Mangsa kemudian meminjamkan RM16,000 lagi kepada lelaki yang menyamar sebagai cucunya itu dan hanya menyedari ditipu apabila bertemu cucu sebenar pada 29 Mei lalu," katanya.

Menurutnya, warga emas itu bertanya tentang wang yang dipinjamkan namun lelaki itu menafikan dia ada meminta wang daripada mangsa.

"Mangsa membuat laporan polis kelmarin dan kita sedang mengesan pemilik akaun bank bagi membantu kes yang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: