Rumah terbuka MB 15 Jun

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan menjemput seluruh masyarakat di Negeri Sembilan untuk sama-sama meraikan rumah terbuka kerajaan Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 15 jun 2019 bertempat di dewan MPS, Seremban.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, majlis akan bermula dari jam 11 pagi sehingga 4 petang.

" Berkunjunglah, kita bersama-sama menikmati juadah lemang rendang ketupat dan banyak lagi juadah-juadah Negeri Sembilan yang akan kita hidangkan.

" Semoga hari raya ini memberi makna yg besar buat kita. Raikanlah hari raya ini dgn penuh kesyukuran dan kesederhanaan.

"Budaya ziarah menziarahi merupakan adat yang sungguh istimewa dan turun-temurun di negeri yang kita cintai ini," katanya dalam satu kenyataan disini.

Aminuddin berkata, ziarahilah ibu bapa, adik beradik kita, keluarga dan jiran tetangga terutamanya yang lebih tua daripada.

"Tidak lupa, berhati hatilah di jalanraya pada hari perayaan yang mulia ini. Salam aidilfitri maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga," katanya.

Artikel Berkaitan: