PPD Pendang beri sumbangan keluarga pelajar yatim, miskin

Wakil PPD Pendang menyampaikan sumbangan kepada keluarga salah seorang pelajar.
Wakil PPD Pendang menyampaikan sumbangan kepada keluarga salah seorang pelajar.
A
A
A

PENDANG - Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pendang memberikan sumbangan kepada keluarga pelajar yatim dan miskin dari lima buah sekolah.

Pegawai PPD Pendang, Wan Khalim Ahmad berkata, sumbangan ini adalah bertujuan meringankan beban keluarga berkenaan dalam menyambut hari raya.

Katanya, lima buah sekolah yang dipilih ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Abd. Rahman; SK Kampung Rambai; SK Bukit Choras; SK Penghulu Jusoh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tokai.

"Keluarga pelajar yang kurang berkemampuan ini perlu dibantu bagi memastikan mereka mempunyai semangat berterusan untuk belajar," katanya.

Menurut Wan Khalim, pelajar-pelajar ini perlu diberikan perhatian dan sumbangan agar mereka juga berpeluang merasai kemeriahan hari raya.

"Kita mahu mereka merasai yang pihak sekolah sentiasa mengambil berat perihal mereka dan keluarga," katanya.

Katanya, meskipun sumbangan yang diberikan tidak sebesar mana diharapkan penerima mampu merasai sedikit kelegaan.

Artikel Berkaitan: