Zuraida tunggu tiga nama DPP ganti Syazlin

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) masih menunggu tiga nama timbalan pendakwa raya (DPP) yang dicadangkan Jabatan Peguam Negara untuk menggantikan peguam Syazlin Mansor dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Sehubungan itu, Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata beliau sendiri akan memilih seorang daripada mereka untuk mewakili KPKT dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

"Saya sudah bertemu dengan Peguam Negara Tommy Thomas pada Sabtu lepas bincang soal inkues Adib...jadi cara yang betul adalah KPKT melantik seorang peguam daripada pihak Jabatan Peguam Negara yang akan memberi nama daripada kalangan DPP kanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Adib tiada hasrat saman KPKT, JPBM

“Ketika ini mereka belum lagi beri nama kepada saya dan bila saya dapat nama saya akan lihat dan buat keputusan,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan sekumpulan Orang Kelainan Upaya di pejabatnya di sini hari ini.

Minggu lepas, peguam negara mengemukakan beberapa sebab kenapa Syazlin tidak boleh mewakili KPKT serta Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam inkues ke atas kematian Muhammad Adib, antaranya konflik kepentingan kerana Syazlin juga mewakili keluarga Allahyarham. - Bernama

Artikel Berkaitan: