Rasuah polis, lelaki Thailand tidak mengaku salah

Faramis Yahkoh, 35, (kiri) dikawal polis keluar dari Mahkamah Sesyen sebaik selesai pertuduhan rasuah terhadapnya tadi.
Faramis Yahkoh, 35, (kiri) dikawal polis keluar dari Mahkamah Sesyen sebaik selesai pertuduhan rasuah terhadapnya tadi.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki warga Thailand tidak mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi rasuah RM1,600 kepada seorang polis berpangkat koperal.

Tuduhan terhadap lelaki terbabit Faramis Yahkoh, 35, dibuat di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.

Mengikut tuduhan itu, tertuduh didakwa cuba merasuah memberi satu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM1,600 kepada Koperal Mohd Nazri Mohd Nadzir (Risik) Batalion 9 Pasukan Gerakan AM, Kubang Badak Terengganu.

Kesalahan didakwa dilakukan di Taman Chempaka, Jalan Lubok Tanah Merah pada jam 2 pagi 17 Mei lalu.

Faramis Yahkoh, 35, (kiri) dibawa anggota SPRM menuju ke kenderaan yang sedang menunggu bagi membawanya ke Jeli.
Faramis Yahkoh, 35, (kiri) dibawa anggota SPRM menuju ke kenderaan yang sedang menunggu bagi membawanya ke Jeli.

Suapan bertujuan melepaskan tertuduh yang ditahan atas kesalahan tidak memiliki pasport dan memiliki ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu dengan anggaran berat 3.4 gram.

Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser Amri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan:

Tertuduh tidak dibenarkan dijamin dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 2 Julai depan.

Tertuduh juga turut dibawa ke Mahkamah Majistret Jeli bagi pertuduhan dadah.