X

Kindly register in order to view this article
!

85 bot pelancong, penambang diperiksa PPM

Anggota dan Pegawai PPM Semporna melakukan pemeriksaan dokumen ke atas bot penambang dan pelancong. - FOTO PPM SEMPORNA
A
A

SEMPORNA - Sebanyak 85 buah bot pelancong dan penambang diperiksa Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna di sekitar perairan pelabuhan Semporna sepanjang musim perayaan Aidilfitri kali ini sehingga semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, hasil pemeriksaan itu, sebanyak 21 buah bot pelancong dan penambang telah dikenakan kompaun.

Menurutnya, kompaun dikeluarkan atas kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1960, antaranya membawa penumpang melebihi had yang dibenarkan di dalam lesen operasi dan kelengkapan peralatan serta alat-alat keselamatan tidak lengkap termasuklah tiada jaket keselamatan.

Anggota dan Pegawai PPM Semporna melakukan pemeriksaan dokumen ke atas bot penambang dan pelancong. - FOTO PPM SEMPORNA
Anggota dan Pegawai PPM Semporna melakukan pemeriksaan dokumen ke atas bot penambang dan pelancong. - FOTO PPM SEMPORNA

“Semua kesalahan telah dirujuk kepada Jabatan Pelabuhan Dan Dermaga Sabah (JPDS) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Pajeri berkata, objektif operasi kali ini bukan sahaja membuat pemeriksaan ke atas dokumen bot penambang, bot pelancong dan kenderaan laut lain di perairan Semporna tetapi turut menguatkuasakan akta dan peraturan yang berkuasa ke atas aktiviti air bagi bot membawa penumpang seperti Ordinan Perkapalan saudagar 1960 (MSO), Akta Polis 1967 dan Kanun Keseksaan.

Tambahnya lagi, ini penting bagi menentukan keselamatan pengguna bot pelancong dan kenderaan laut yang lain supaya sentiasa selamat lebih-lebih lagi sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri dan musim cuti persekolahan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!