Ini janji Umno Kedah

Jamil Khir Baharom
Jamil Khir Baharom
A
A
A

ALOR SETAR - Umno Kedah berjanji akan sentiasa teguh berdiri bersama kepimpinan yang diketuai Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, di ambang tahun 2019 Umno dikejutkan dengan penyerahan tugas memimpin parti kepada Mohamad oleh Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkuatkuasa serta merta.

"Selaku ahli dan kepimpinan parti di pelbagai peringkat, kami amat terharu dengan keprihatian presiden yang berjiwa besar meletakkan kepentingan parti paling hadapan daripada segala-galanya.

"Pengorbanan demi Umno melebihi yang lain. Selaku pengerusi perhubungan, mewakili semua ahli Umno Kedah, kami berterima kasih atas segala jasa dan sumbangan pengorbanan selama ini sepanjang berada di saf kepimpinan parti," katanya, dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Jerai turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Mohamad yang memikul tanggungjawab sebagai presiden parti.

"Moga ALLAH SWT sentiasa memberkati kita semua dalam perjuangan melalui wadah Umno.

"Tirai 2018, semakin sampai ke penghujung garis penamatnya, begitulah juga perjalanan Umno Pasca PRU14 hampir dilabuhkan," tulisnya.

Semalam, Ahmad Zahid mengumumkan penyerahan tugas memimpin parti kepada Mohamad.

Artikel Berkaitan:

Ia susulan kemelut yang dihadapi Umno mutakhir ini dan berharap semua polemik mengenai kepimpinan ditamatkan dan pemimpin peringkat akar umbi kembali fokus untuk mengukuhkan parti.

Sebelum ini, pelbagai pihak menuntut Ahmad Zahid meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno selepas dilihat gagal menerajui parti susulan tindakan 17 Ahli Parlimennya keluar parti.

Beliau juga pernah diminta bercuti kerana pertuduhan-pertuduhan yang dihadapi di mahkamah sebelum ini.