Tiga laluan alternatif elak kesesakan di Melaka

No Image Caption
A
A
A

MELAKA TENGAH - Pengguna jalan raya yang menuju ke pusat bandar dari Ayer Keroh dicadangkan menggunakan tiga laluan alternatif bagi menggelakkan kesesakan sempena musim perayaan ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, laluan alternatif pertama, pengguna boleh melalui Lebuh Ayer Keroh - Jalan Gapam - Jalan Tun Hamzah - Jalan Bukit Katil - Jalan Semabok - Bandar Melaka yang akan membantu melancarkan perjalanan pengguna terutama mereka yang pulang ke kampung halaman.

Menurutnya, pihaknya menjangkakan jumlah masuk kenderaan di negeri ini terutama di laluan utama Lebuh Ayer Keroh akan mengalami peningkatan mencecah 50,000 kenderaan berbanding pada hari biasa.

"Bagi cadangan laluan kedua pengguna boleh menggunakan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) - Jalan Batu Berendam - Jalan Melaka Baru - Jalan Mufti Haji Khalil - Jalan Mata Kucing.

"Manakala laluan alternatif ketiga dari Lebuh Ayer Keroh - Lebuh SPA - Lebuh Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin (AMJ - Cheng) - AMJ Melaka Sentral, Jalan Panglima Awang - Jalan Hang Tuah," katanya.

Tambahnya, pengguna jalan raya juga dinasihatkan untuk lebih berhati-hati di beberapa lokasi yang kerap berlaku kemalangan jalan raya termasuk di Melaka Tengah di lampu isyarat Kandang, Bukit Palah, Melaka Sentral, Cheng dan Paya Rumput.

Menurutnya, kemalangan juga sering terjadi di lampu isyarat Durian Tunggal, pekan Durian Tunggal, Jalan Kemas, Jalan Padang Kambing, Jalan Parit Melana, Simpang 3 Padang Kerbau, Taman Kejora dan Jalan Ayer Pasir bagi daerah Alor Gajah.

Kita juga menasihatkan pengguna di daerah Jasin untuk lebih berhati-hati apabila melalui jalan di Taman Pulai Indah, Kampung Ayer Tawar, Kilometer (KM) 29 Jalan Kesang, Jalan Garing, KM 24.5 Kesang-Jasin, Kesang, Tehel, Merlimau dan Serkam," katanya.

Artikel Berkaitan: