JPJ Terengganu pantau 13 laluan bahaya

Zulkarnain Mat Yasin
Zulkarnain Mat Yasin
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu akan memantau 13 laluan dikenal pasti berbahaya yang sering berlaku kemalangan di negeri ini sempena sambutan Aidilfitri yang bakal disambut Rabu ini.

Pengarahnya, Zulkarnain Mat Yasin berkata, jalan persekutuan, negeri dan lebuh raya melibatkan tiga daerah iaitu Setiu, Hulu Terengganu dan Marang akan dipantau bagi memastikan pengguna mengikut peraturan serta melancarkan perjalanan pulang ke kampung.

Menurutnya, di daerah Setiu, jalan Persekutuan terlibat ialah KM50 Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja (jalan pantai) di Merang, KM 71- KM82 Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja (jalan pantai), di Telaga Papan dan Penarik serta KM50 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Sungai Tong.

"Jika di Hulu Terengganu pula, jalan Persekutuan terlibat iaitu KM1-KM4 Jalan Ajil-Kuala Berang di Pekan Ajil dan Batu 10.

"Jalan negeri terlibat ialah KM36-KM38 Jalan Ajil-Bukit Besi di Bukit Diman, KM13-KM16 Jalan Kuala Berang-Kuala Ping di Kampung Kepah dan Tengkawang, di KM10-KM12 Jalan Kuala Berang-Telemong di Kampung Palas dan dua lebuh raya dikesan iaitu KM380-KM 395 LPT2 di Bukit Belah dan KM409 LPT2 di Bukit Kua.

"Di Marang, tiga jalan Persekutuan dikenal pasti iaitu KM23 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Rhu Muda, KM33-KM36 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Pulau Kerengga dan Serating, serta KM42-KM50 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Merchang.

"Bagi jalan negeri pula, KM12-KM24 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang di Kampung Wakaf dua, Bukit Payung dan Tun Telanai," katanya.

Artikel Berkaitan: