Jejambat Pasir Mas dibuka hari ini

Jejambat Pasir Mas dibuka buat sementara waktu bermula hari ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi memberikan kemudahan kepada pengguna di kawasan berkenaan termasuklah perantau.
Jejambat Pasir Mas dibuka buat sementara waktu bermula hari ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi memberikan kemudahan kepada pengguna di kawasan berkenaan termasuklah perantau.
A
A
A

PASIR MAS - Jejambat Pasir Mas dibuka buat sementara waktu bermula hari ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi memberikan kemudahan kepada pengguna di kawasan berkenaan termasuklah perantau.

Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) Mohd Anis Hussien berkata, kemudahan itu dijangka mampu mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan sepanjang sambutan Aidilfitri kali ini.

"Kita jangkakan kesesakan lalu lintas ini akan bermula pada 2 hingga 6 Jun dan dijangka akan berlarutan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada kakitangan MDPM di sini.

Menurutnya, tiada sebarang penutupan dan perubahan laluan dibuat di kawasan berkenaan.

Katanya, MDPM berharap dengan pembukaan sementara jejambat itu mampu memberikan keselesaan kepada pengguna.

Mohd Anis juga berkata, bulatan Lemal yang sebelum ini dalam pembinaan sudah boleh digunakan sepenuhnya.

Katanya, selain pusat bandar, kesesakan dijangka berlaku di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang bermula di Lubok Jong.

Artikel Berkaitan:

"Kesesakan itu juga dijangka berlaku di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang," katanya.

Sebanyak satu juta kenderaan dijangka akan masuk ke Kelantan sempena cuti persekolahan dan sambutan Aidilfitri ini.

Jumlah tersebut berikutan sambutan hari raya jatuh pada cuti persekolahan yang panjang.

Kenderaan-kenderaan tersebut dijangka masuk ke negeri ini secara berperingkat bermula awal cuti sekolah sehingga sambutan Aidilfitri.