Kejadian tumpahan minyak di lebuh raya palsu

Info tumpahan minyak di Lebuh Raya KLK dikaitkan dengan tindakan sabotaj pihak tertentu yang tular di laman sosial.
Info tumpahan minyak di Lebuh Raya KLK dikaitkan dengan tindakan sabotaj pihak tertentu yang tular di laman sosial.
A
A
A

KUANTAN - Mesej bergambar kononnya terdapat tumpahan minyak di lokasi antara Kilometer (KM) 46.2 hingga KM46.8 Lebuh Raya Kuala Lumpur- Karak (KLK) arah timur (Bukit Tinggi) yang ditularkan pihak tertentu tular menerusi aplikasi WhatsApp, Facebook dan Twitter tidak benar.

Pemegang konsesi Lebuhraya KLK, ANIH Berhad dalam kenyataannya menafikan info tersebut sebaliknya gambar yang ditularkan itu insiden lama berlaku pada 10 April 2019 membabitkan kemalangan treler.

Pengguna Lebuhraya KLK diminta supaya tidak terpedaya dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang menyebarkan gambar lama lokasi insiden kemalangan berkenaan.

“Orang ramai terutamanya pengguna Lebuhraya KLK juga diminta menghentikan sebarangmesej berkenaan kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan serta suasana panik terutama ketika ramai mula membuat perjalanan pulang ke pantai timur sempena Aidilfitri ini,”katanya.

Sehubungan itu, Anih Berhad meminta pengguna melayari laman sosial syarikat iaitu Twitter di @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur untuk mengetahui maklumat rasmi mengenai keadaan trafik di Lebuh Raya KLK dan lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1).

Artikel Berkaitan: