Bangunan parkir dua tingkat akan dibangunkan di Shah Alam

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Ng Sze Han meninjau keadaan di Terminal Seksyen 17 pada Majlis Kempen Pulang ke Kampung Dengan Selamat dan penyampaian sumbangan kuih raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada penumpang bas di Terminal Bas, Seksyen 17 di Shah Alam.
Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Ng Sze Han meninjau keadaan di Terminal Seksyen 17 pada Majlis Kempen Pulang ke Kampung Dengan Selamat dan penyampaian sumbangan kuih raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada penumpang bas di Terminal Bas, Seksyen 17 di Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah bangunan bertingkat yang bakal memuatkan 300 parkir akan dibina berhampiran Terminal Seksyen 17, di sini penghujung tahun ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Ng Sze Han berkata beberapa penambahbaikan juga perlu dilakukan di terminal itu.

"Kita menerima makluman berhubung jumlah parkir yang tidak mencukupi untuk itu saya difahamkan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan ada penambahan 300 parkir di sebuah bangunan parkir bertingkat.

"Masa sama akan ada penambahan 30 gerai dan sebenarnya kita ada permohonan 400 gerai dan ini menunjukkan ramai yakin dengan kemampuan dan sambutan pengguna di terminal ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Kempen Pulang ke Kampung Dengan Selamat dan penyampaian sumbangan kuih raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada penumpang bas di Terminal Bas, Seksyen 17 di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Mohd Rashidi Ruslam, ahli majlis dan pengarah-pengarah jabatan di MBSA.

Beberapa penambahbaikan akan segera dijalankan untuk menjamin keselesaan pengguna di Terminal Seksyen 17 di Shah Alam.
Beberapa penambahbaikan akan segera dijalankan untuk menjamin keselesaan pengguna di Terminal Seksyen 17 di Shah Alam.

Katanya, terminal itu mempunyai sejarah dan cerita yang panjang di mana sepatutnya ia disiapkan empat tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi banyak perkara yang tidak dapat dielakkan dan pada tahun ini kita berjaya mengoperasikan terminal ini dengan kos yang menelan belanja sebanyak RM8.4 juta.

"Kita mengakui ada kelemahan dan segala kelemahan itu kita akan selesaikan dalam tempoh jangka masa pendek," katanya.

Terdahulu pada 1 Mei lalu, Sinar Harian melaporkan terminal bas serba moden ini dilengkapi dengan sistem tiket berpusat.

Keadaan di Terminal Seksyen 17 di Shah Alam.
Keadaan di Terminal Seksyen 17 di Shah Alam.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata sistem itu digunakan untuk memudahkan orang ramai menggunakan perkhidmatan ini.

Menurutnya, sebanyak 10 kaunter tiket bersepadu telah disediakan oleh pihak pengurusan di terminal tersebut.

"Jadi maksudnya di sini adalah penumpang boleh mendapatkan tiket untuk mana-mana syarikat perkhidmatan bas di 10 kaunter yang disediakan itu dan mereka tidak lagi perlu ke kaunter-kaunter tertentu," katanya.

Difahamkan, Terminal 17 merupakan terminal bas yang diuruskan sepenuhnya oleh MBSA yang memberi fokus kepada perkhidmatan bas ekspres untuk destinasi ke utara, selatan dan pantai timur selain integrasikan dengan perkhidmatan bas Smart Selangor dan teksi.

#TerminalSeksyen17 #Parkirbertingkatbakaldibina #SinarHarianEdisiSelangorKL SHAH ALAM - Sebuah bangunan bertingkat yang bakal memuatkan 300 parkir akan dibina berhampiran Terminal Seksyen 17, di sini penghujung tahun ini. Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Ng Sze Han berkata beberapa penambahbaikan juga perlu dilakukan di terminal itu. "Kita menerima makluman berhubung jumlah parkir yang tidak mencukupi untuk itu saya difahamkan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan ada penambahan 300 parkir di sebuah bangunan parkir bertingkat. "Masa sama akan ada penambahan 30 gerai dan sebenarnya kita ada permohonan 400 gerai dan ini menunjukkan ramai yakin dengan kemampuan dan sambutan pengguna di terminal ini," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Kempen Pulang ke Kampung Dengan Selamat dan penyampaian sumbangan kuih raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada penumpang bas di Terminal Bas, Seksyen 17 di sini hari ini. Hadir sama, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Mohd Rashidi Ruslam, ahli majlis dan pengarah-pengarah jabatan di MBSA. Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/30780/EDISI/Selangor-KL/Bangunan-parkir-dua-tingkat-akan-dibangunkan-di-Shah-Alam LAPORAN MOJO MUHAMMAD AMINURALIF MOHD ZOKI

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Thursday, May 30, 2019