10,000 peserta World #QuranHour di Terengganu

Sebahagian peserta World #QuranHour di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang.
Sebahagian peserta World #QuranHour di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Program World #QuranHour yang berlangsung serentak di seluruh dunia semalam berjaya menarik kira-kira 10,000 peserta Terengganu dari 95 hotspot.

Penyelaras Rumah Ngaji Terengganu, Mohd Al-Azahary Abdullah Sani berkata, terdapat tiga lokasi utama program berkenaan, iaitu Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.

Johan Qari Terengganu, Abdul Hadi Abdul Halim (belakang, kanan) memimpin bacaan Surah Al-Kahf.
Johan Qari Terengganu, Abdul Hadi Abdul Halim (belakang, kanan) memimpin bacaan Surah Al-Kahf.

“Sambutan tahun ini cukup menggalakkan. Bagi pelajar sekolah, ia berlangsung seminggu lebih awal dengan penyertaan kira-kira 100,000 peserta di seluruh Terengganu. Satu lagi hotspot akan berlangsung esok di Madinah Ramadhan, Batu Burok bermula jam 5 petang,” katanya.

Sementara itu di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, kira-kira 400 peserta menyertai program berkenaan yang dipimpin oleh imamnya, Ustaz Syafiq Ambak.

Ustaz Mohd Amir Syakirin membuat tadabbur sinopsis Surah Al-Kahf.
Ustaz Mohd Amir Syakirin membuat tadabbur sinopsis Surah Al-Kahf.

Program berkenaan dimulai dengan bacaan Al-Fatihah dan tadabbur sinopsis Surah al-Kahf oleh Ustaz Mohd Amir Syakirin Maznan dan bacaan serta tarannum Surah al-Kahf oleh Johan Qari Terengganu, Abdul Hadi Abdul Halim.

Ia diakhiri dengan ikrar al-Quran oleh para peserta yang terdiri daripada jemaah masjid, peserta tadarus al-Quran sepanjang Ramadan, guru-guru KAFA dari Kuala Terengganu dan Kuala Nerus serta jabatan-jabatan kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Antara peserta yang menyertai World #QuranHour di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang.
Antara peserta yang menyertai World #QuranHour di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang.