MBPJ tawar kompaun lalu lintas, parkir serendah RM10

Bayaran kompaun boleh dilakukan melalui beberapa platform yang disediakan iaitu kaunter pembayaran di Ibu Pejabat MMPJ, lobi Menara MBPJ, Pejabat Cawangan Petaling Jaya Utara, aplikasi pintar Smart PJ Enforcement dan mesin kiosk.
Bayaran kompaun boleh dilakukan melalui beberapa platform yang disediakan iaitu kaunter pembayaran di Ibu Pejabat MMPJ, lobi Menara MBPJ, Pejabat Cawangan Petaling Jaya Utara, aplikasi pintar Smart PJ Enforcement dan mesin kiosk.
A
A
A

PETALING JAYA - Sempena dengan sambutan Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya ke-13, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bakal mengadakan kempen bayaran kompaun tertunggak dan semasa bagi kesalahan lalu lintas serta parkir bermula 1 hingga 30 Jun depan.

Menerusi satu kenyataan, MBPJ memaklumkan bahawa kempen bayaran kompaun ini tidak melibatkan kes-kes yang telah di daftarkan ke Mahkamah.

Katanya, penganjuran kempen ini dapat memberi peluang dan ruang kepada orang awam untuk membuat bayaran bagi kompaun-kompaun tertunggak dengan kadar yang minima.

Kenyataan itu berkata, kadar kompaun tunggakan bagi kesalahan lalu lintas dan meletak kenderaan pada tahun 1999 hingga 2016 hanya akan dikenakan pembayaran sebanyak RM10 berbanding kadar biasa sebanyak RM100.

Manakala, bagi mereka yang dikenakan kompaun atas dua kesalahan itu pada tahun 2017 hingga 2018 pula dikenakan bayaran sebanyak RM20.

Selain itu, pihak yang dikenakan kompaun bermula 1 Januari hingga 30 Jun tahun ini atas dua kesalahan itu juga hanya perlu membayar sebanyak RM30 sahaja.

Orang ramai digesa untuk membuat bayaran kompaun terlibat melalui beberapa platform yang disediakan iaitu kaunter pembayaran di Ibu Pejabat MMPJ, lobi Menara MBPJ, Pejabat Cawangan Petaling Jaya Utara, aplikasi pintar Smart PJ Enforcement, mesin kiosk dan lain-lain lagi.

Artikel Berkaitan: