DBKL benarkan ‘foodtruck’ di Bazar Ramadan Jalan Raja

Peniaga-peniaga kenderaan saji yang melakukan protes kerana mendakwa dihalang DBKL untuk beroperasi di Jalan Raja malam tadi.
Peniaga-peniaga kenderaan saji yang melakukan protes kerana mendakwa dihalang DBKL untuk beroperasi di Jalan Raja malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju membenarkan kenderaan saji (Foodtruck) beroperasi di kawasan Bazar Ramadan Jalan Raja hanya bermula malam esok hingga Selasa depan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisyam Ahmad Dahlan berkata, perbincangan telah dibuat bersama wakil peniaga-peniaga berkenaan dan kebenaran diberikan dengan bersyarat dan deposit sebanyak RM3,000 dikenakan bagi setiap peniaga.

Menurutnya, peniaga-peniaga perlu memastikan operasi perniagaan mereka tidak menjejaskan kebersihan kawasan berkenaan dan tindakan akan diambil sekiranya mereka gagal mematuhi arahan.

“Sebelum ini ketika perancangan operasi Bazar Ramadan Jalan Raja dibuat, tiada permohonan daripada peniaga-peniaga ini untuk beroperasi.

“Bagaimanapun permohonan baru dibuat kira-kira seminggu lalu. Saya pada awalnya berpandangan lebih baik agar operasi ini disusun semula dan ditambah baik bermula tahun hadapan kerana tahun ini kita lebih tumpukan operasi bazar.

“Namun disebabkan sudah dekat hari raya dan kawasan itu jadi tumpuan, mereka mahu beroperasi. Perkara ini boleh dibincangkan dan akhirnya saya setuju bantu mereka dengan membenarkan mereka beroperasi,” katanya pada sidang media khas, di sini hari ini.

Sidang media berkenaan susulan kes peniaga-peniaga kenderaan saji yang melakukan protes di Jalan Raja malam tadi kerana mendakwa mereka dihalang oleh DBKL untuk beroperasi di situ.

Artikel Berkaitan:

Kenderaan saji (Foodtruck) beroperasi di kawasan Bazar Ramadan Jalan Raja hanya bermula malam esok hingga Selasa depan.
Kenderaan saji (Foodtruck) beroperasi di kawasan Bazar Ramadan Jalan Raja hanya bermula malam esok hingga Selasa depan.

Nor Hisyam berkata, perkara itu tidak sepatutnya diperbesarkan kerana pihaknya sedia membuka pintu rundingan demi kebaikan semua pihak.

“Anggota penguatkua sa lebih peka dan mereka hanya membuat kawalan. Untuk tahun hadapan, operasi kenderaan saji boleh dirancang dengan lebih baik lagi. Tidak semestinya di Jalan Raja dan semua ini bergantung kepada post moterm yang akan dijalankan selepas ini,”katanya.

Difahamkan lebih 100 kenderaan saji akan terlibat dalam operasi di kawasan Bazar Ramadan Jalan Raja secara berjadual yang akan ditentukan bersama oleh komuniti perniagaan itu.

Bazar Ramadan Jalan Raja yang mempunyai 344 lot perniagaan merupakan lokasi baharu menggantikan bazar tradisi di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Masjid India.

Bazar Ramadan Jalan Raja hanya menempatkan lot perniagaan barangan kering.
Bazar Ramadan Jalan Raja hanya menempatkan lot perniagaan barangan kering.

Semua lot jualan bagaimanapun hanya melibatkan barangan kering seperti pakaian, aksesori dan makanan kering.

Sebelum ini kenderaan saji hanya beroperasi pada setiap Sabtu dan Ahad bersempena Iftar @ KL bawah anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.