Pelajar tahfiz jayakan World #QuranHour

World #QuranHour yang diadakan di Masjid Muhammadi hari ini, dihadiri lebih 800 penduduk termasuk pelajar tahfiz.
A
A

KOTA BHARU - Pelajar tahfiz merupakan antara 800 peserta yang menjayakan program World #QuranHour yang diadakan di Masjid Muhammadi hari ini.

Acara dimulakan dengan bacaan al-Quran dan terjemahan oleh pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi, CT-One Islamic Centre, Kuala Krai disusuli ucapan aluan oleh Pengerusi Rumah Ngaji Kelantan, Datuk Adnan Hashim.

Ia diteruskan dengan bacaan surah Al-fatihah dan Al-kahf ayat 1 hingga 10 kemudian tadabbur serta tazakkur oleh Penasihat PRNNK, Prof Dr Azhar Muhammad.

Peserta World #QuranHour melafazkan ikrar al-Quran untuk menjadikan kitab suci ini sebagai panduan sepanjang hayat.
Peserta World #QuranHour melafazkan ikrar al-Quran untuk menjadikan kitab suci ini sebagai panduan sepanjang hayat.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan NGO, Roslan Wan Hamat turut mengimarahkan majlis ini.

Selain di Masjid Muhammadi, World #QuranHour turut diadakan serentak di 28 negara.

World #QuranHour 1440H mengangkat tema Solusi Cabaran Sejagat dengan mengajak masyarakat untuk memahami empat cabaran dunia akhir zaman dan solusi yang diibrahkan daripada surah Al-Kahf.