Lebih 1,000 jayakan World #QuranHour di Masjid Kota Iskandar

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal khusyuk mengalunkan bacaan surah al-Kahf.
Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal khusyuk mengalunkan bacaan surah al-Kahf.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Lebih 1,000 peserta meluangkan masa bersama menggemakan surah al-Kahf sempena program World #QuranHour di Masjid Kota Iskandar di sini pagi tadi.

Kesemua peserta terdiri daripada penjawat awam Johor, kumpulan Rumah Ngaji dari daerah serta orang perseorangan.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal turut hadir menjayakan World #QuranHour di Masjid Kota Iskandar di sini hari ini.
Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal turut hadir menjayakan World #QuranHour di Masjid Kota Iskandar di sini hari ini.

Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Rumah Ngaji Johor, Md Yusof Jamar berkata, bacaan surah al-Kahf itu telah dialunkan oleh lima qari yang turut diikuti oleh peserta.

"Kemudian berlangsungnya sesi tadabur surah al-Kahf dikendalikan oleh Ustaz Mohd Khalid Sujud sebelum majlis khatam al-Quran.

"Bacaan dimulakan dengan al-Fatihah dan al-Baqarah ayat 1 hingga 5. Kemudian solidariti al-Quran di mana bacaan seorang sehelai muka surat.

"Selepas itu, bacaan 19 surah khatam al-Quran oleh qari diikuti doa khatam al-Quran serta ikrar al-Quran," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Antara peserta wanita yang menjayakan World #QuranHour di Masjid Kota Iskandar di sini hari ini.
Antara peserta wanita yang menjayakan World #QuranHour di Masjid Kota Iskandar di sini hari ini.

Md Yusof berkata, sambutan World #QuranHour di Masjid Kota Iskandar amat memuaskan dengan kehadiran ramai peserta lelaki dan wanita bagi menjayakan program tersebut.

"Rasanya macam di luar jangka. Kita dalam keadaan puasa ini, biasanya tak ramai. Tapi hari ini Alhamdulillah, mereka datang dari jauh iaitu daerah lain.

"Satu yang luar biasa sikit, orang lelaki pun ramai. Selalunya orang lelaki tak berapa ramai. Tapi (hari ini) Alhamdulillah, tahniah kepada orang lelaki. Ramai yang hadir," katanya.

Beliau berkata, World #QuranHour kali ini di Johor temanya sama iaitu misi al-Kahf dan 'hashtag' adalah membaca, memahami dan mengamalkan.

"Terdapat empat kisah yang besar dalam surah al-Kahf iaitu cabaran iman melalui kisah pemuda al-Kahf, cabaran harta (kisah pemilik dua kebun), cabaran ilmu pengetahuan (kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir), cabaran kekuasaan (Zulkarnain)," katanya.

Md Yusof berkata, Johor menyaksikan gerakan membudayakan al-Quran telah lama berlaku iaitu 1997 diikuti usaha meramaikan guru dan pelajar.

"Jadi sekarang ini, dengan gerakan Rumah Ngaji bertambah lagi aktiviti yang melibatkan al-Quran. Alhamdulillah, rasanya di seluruh dunia momentum itu sudah ada.

Peserta wanita yang menjayakan World #QuranHour di Masjid Kota Iskandar, Iskandar Puteri hari ini.
Peserta wanita yang menjayakan World #QuranHour di Masjid Kota Iskandar, Iskandar Puteri hari ini.

"Dengan gelombang-gelombang yang kita pancarkan ini, insya-ALLAH lebih ramai orang baca, faham dan amal (budaya) al-Quran.

"Rumah Ngaji Johor berharap lebih ramai terlibat untuk belajar dan mengajar al-Quran.

"Mudah-mudahan, apa yang terbina ialah akhlak dan semangat untuk belajar lebih besar," katanya.