Sultan Nazrin mencemar duli ke World #QuranHour

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat mencemar duli untuk bersama mengimarahkan Ramadan dengan penghayatan al-Quran melalui World #QuranHour di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), hari ini. Turut bersama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub. - FOTO MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN
A
A

GOMBAK - Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mencemar duli berangkat ke program World #QuranHour yang berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.

Ketibaan baginda pada jam 11.40 pagi turut diiringi Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Turut hadir pada program itu, pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff.

World #QuranHour 1440H mengangkat tema Solusi Cabaran Sejagat dengan mengajak masyarakat untuk memahami empat cabaran dunia akhir zaman dan solusi yang diibrahkan daripada Surah Al-Kahf.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia