Tiga lelaki didakwa terlibat aktiviti pengganas

Muhamad Nuurul Amin Azizan, (Kanan: Muhammad Syazani Mahzan)
Muhamad Nuurul Amin Azizan, (Kanan: Muhammad Syazani Mahzan)
A
A
A

SEPANG - Seorang pekebun dan penjual burger dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang di sini hari ini atas pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengganas, tahun lepas.

Tertuduh, Muhamad Nuurul Amin Azizan, 27, dan rakannya Muhammad Syazani Mahzan, 27, mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan di hadapan hakim Mohd Sabri Othman.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana ianya di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Nuurul Amin dan Muhammad Shazani, didakwa telah pergi ke Jogjakarta, Indonesia melalui Jakarta, Indonesia dengan niat melakukan perbuatan pengganas.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) jam 6.55 pagi, 26 April 2018.

Sementara itu, di mahkamah berasingan seorang pekerja restoran, Hafiz Othman, 42, didakwa pergi ke Wilayah Sinai Mesir dari Malaysia melalui Kaherah dengan niat melakukan aktiviti aktiviti pengganas.

Pertuduhan ke atas Hafiz dibacakan dihadapan Hakim Saifulakmal Mod Said.

Artikel Berkaitan:

Hafiz Othman
Hafiz Othman

Dia didakwa melakukan kesalahan itu diGate C1 Terminal Satelit KLIA ja 6.05 petang 17 Mei 2019.

Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 130 JA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 11 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Nuurul Iman dan Muhammad Shazani ditangkap di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 14 Mei 2019 di Kuala Muda, Kedah, manakala Hafiz ditahan pada 17 Mei 2019.

Sebelum ini Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menyebut kedua-dua mereka merupakan salah sebahagian daripada individu yang dikehendaki.

Mereka disyaki terbabit dalam memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daish dan merancang serangan di Malaysia dan Indonesia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Abd Rahman manakala kesemua tertuduh belum melantik peguam.