Jihan Muse selamat jalani pembedahan

- Foto Instagram Jihan Muse
- Foto Instagram Jihan Muse
A
A
A
PENGACARA popular Jihan Muse telah selamat menjalani satu pembedahan kecil di sebuah pusar perubatan di Shah Alam, semalam.

Berita tersebut dikongsikan Jihan sendiri di laman Instagramnya malam tadi. Bagaimanapun, dalam perkongsian tersebut tidak dinyatakan tentang penyakit yang dihidapinya sehingga perlu dibedah.

“Alhamdulillah selesai sudah minor operation. Apa ke nama entah sakit tu, nanti saya tengok balik surat tu dan update nama dia.

“Terima kasih Dr. Sarinah dan team @avisenaspecialisthospital yang hebat dan baik-baik belaka,” tulis Jihan.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:


Dalam perkongsian yang sama, Jihan turut menafikan dia kini sedang hamil sebagai reaksi terhadap ucapan tahniah yang diterimanya menerusi DM.

“Pada yang DM ucap tahniah tu, hmmm tak, saya bukan mengandung adik ninja. Saya MC sampai... untuk urusan kerja dan yang penting-penting boleh whatsapp. Kalau krik-krik tu, maknanya masih MC la.

“Saya rehat sekejap ye, sakit. Moga terhapus dosa-dosa lalu InshaaAllah. Akhir kata sentiasa utamakan dan jaga kesihatan anda kerana itulah benda yang paling mahal di dunia yang takkan mampu nak beli pun.