Eksesais Perang Tioman perkasa kesiagaan armada TLDM

Antara kapal TLDM yang diatur gerak pada Eksesais Perang Tioman yang dilaksanakan 26 dan 27 Mei lalu.
Antara kapal TLDM yang diatur gerak pada Eksesais Perang Tioman yang dilaksanakan 26 dan 27 Mei lalu.
A
A
A

KUANTAN - Sembilan aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) termasuk kapal dan pesawat bersama 800 anggota digerakkan pada Eksesais Perang Tioman 3/19 pada 26 hingga 27 Mei lalu.

Eksesais dikendalikan Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini melibatkan aset armada TLDM dari Markas Pemerintahan Armada Barat, Markas Wilayah Laut 1 dan Pangkalan Udara Kuantan.

Pada siri latihan peperangan itu, aset-aset TLDM terdiri kapal KD Mahawangsa, KD Pahang, KD Laksamana Tun Abdul Jamil, KD Laksamana Tan Pusmah, KD Laksamana Muhammad Amin, KD laksamana Hang Nadim, KD Handalan, KD Pendekar dan KD Perdana serta sebuah helikopter diatur gerak.

Eksesais itu turut disertai ketua-ketua jabatan kerajaan di negeri Pahang bertujuan untuk mempertingkatkan serta meninjau ruang kerjasama demi keselamatan negara.

Antara kapal TLDM yang diatur gerak pada Eksesais Perang Tioman yang dilaksanakan 26 dan 27 Mei lalu.
Antara kapal TLDM yang diatur gerak pada Eksesais Perang Tioman yang dilaksanakan 26 dan 27 Mei lalu.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Wilayah Laut 1 dalam kenyataannya memaklumkan, eksesais tersebut bertujuan memperkasakan kesiagaan aset TLDM bagi memelihara keselamatan dan kedaulatan perairan negara.

Melalui kenyataan itu, kolaborasi berkenaan telah dirancang dengan teliti melibatkan pelaksanaan beberapa siri latihan peperangan, keselamatan maritim, ilmu kelautan, navigasi dan mengawal kerosakan.

Pelaksanaan eksesais tersebut dinilai pasukan penilai dari Bahagian Siaga Markas Wilayah Laut 1 termasuk Panglimanya, Laksamana Muda Abu Bakar Mohd Ajis berdasarkan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada dan pelbagai rujukan serta pengarahan operasi semasa.

Artikel Berkaitan:

Eksesais Perang Tioman itu juga bertujuan untuk menambahkan keyakinan komuniti maritim di Pantai Timur terhadap keselamatan perairan negara.

Justeru, laluan pelayaran eksesais ini dirancang dengan mengambilkira kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan aktiviti pencerobohan bot-bot nelayan asing terutamanya dari Vietnam.

Ia secara tidak langsung memperagakan kehadiran Armada TLDM terlibat serta menguatkuasakan undang-undang dan menjulang kedaulatan negara di kawasan tersebut.

Helikopter Fennec TLDM dari Skuadron 502 diatur gerak pada Eksesais Perang Tioman yang dilaksanakan 26 dan 27 Mei lalu.
Helikopter Fennec TLDM dari Skuadron 502 diatur gerak pada Eksesais Perang Tioman yang dilaksanakan 26 dan 27 Mei lalu.

Berdasarkan kenyataan itu, hasil daripada perancangan dibuat, sebuah bot nelayan Vietnam berjaya ditahan petang 26 Mei lalu oleh KD Handalan selepas dikesan menarik pukat di dalam perairan negara.

Hasil pemeriksaan oleh pasukan geledah kapal, berjaya menemui dan merampas hasil laut dianggarkan seberat satu tan hasil laut ditemui di atas bot tersebut.

Bot berkenan yang ditahan kerana menceroboh perairan negara dan menjalankan aktiviti menangkap ikan tanpa kebenaran diserahkan kepada Agensi penguatkuasaan Maritim malaysia (APMM) untuk tindakan lanjut.

Bot nelayan Vietnam yang ditahan kapal KD Handalan kerana menceroboh dan menangkap ikan tanpa kebenaran dalam kawasan perairan negara.
Bot nelayan Vietnam yang ditahan kapal KD Handalan kerana menceroboh dan menangkap ikan tanpa kebenaran dalam kawasan perairan negara.

Secara kesuruhannya, eksesais tersebut berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai setiap objektif yang ditetapkan.

Profesionalisme dan komitmen yang dipamerkan warga Markas Wilayah Laut 1 membuktikan bahawa TLDM sentiasa bersedia untuk mempertahankan kedaulatan tanah air tanpa mengira masa.