Harumanis Kedah tarikan baharu Jelapang Padi

Azman (kiri) memegang banting Majlis Pelancaran Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya bersempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kedah 2019 di Plaza Tol Hutan Kampung, semalam.
Azman (kiri) memegang banting Majlis Pelancaran Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya bersempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kedah 2019 di Plaza Tol Hutan Kampung, semalam.
A
A
A

ALOR SETAR - Mangga Harumanis Kedah yang mengeluarkan hasil pertama pada awal bulan ini dijangka menjadi tarikan terbaharu di negeri itu.

Exco Pertanian dan Asas Tani, Azman Nasrudin berkata, selain Harumanis Perlis, Kedah sebenarnya turut memiliki buah Harumanis sendiri dikenali sebagai Harumanis Kedah.

Azman berkata, keenakan buah Harumanis Kedah tidak kalah dari Harumanis Perlis, cumanya kurang bau.

"Harumanis Kedah yang telah mula dijual kepada orang ramai dan ditanam lebih 30 hektar di Padang Terap dan Kubang Pasu ini memiliki keunikan tersendiri.

"Jadi, orang ramai diharapkan tidak melepaskan peluang mendapatkan Harumanis Kedah yang dijual RM25 sekilogram (kg) apabila pulang berhari raya di Kedah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pelancaran Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya bersempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kedah 2019 di Plaza Tol Hutan Kampung, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kedah, Chan Pei Hong, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Isma Suhaimi Sharif dan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah Superintendan Chuah Seong Lim.

Azman berkata, beliau turut mengharapkan permintaan terhadap Harumanis Kedah diharapkan meningkat bersempena sambutan Aidilfitri ini.

Artikel Berkaitan:

"Kita harap buah Harumanis Kedah yang sudah mula mengeluarkan hasil akan mendapat permintaan lebih baik selepas raya ini," katanya.

Menurutnya, Harumanis Kedah yang dikeluarkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berkenaan turut memiliki bungkusan dan logo tersendiri.

Azman berkata, kehadiran Harumanis Kedah yang diperkenalkan berkenaan adalah saling melengkapi dengan Harumanis Perlis.

Artikel Disyorkan