1,000 pelita meriahkan sambutan Aidilfitri

Suasana meriah di sekitar kawasan kampung di Bukit Tengah apabila pelita mula dipasang di tepi jalan.
Suasana meriah di sekitar kawasan kampung di Bukit Tengah apabila pelita mula dipasang di tepi jalan.
A
A
A

JURU - Sebanyak 1,000 batang pelita dipasang di 10 kampung di Bukit Tengah sebagai usaha mengekalkan tradisi dan meningkat mood sambutan Aidilfitri.

ADUN Bukit Tengah, Gooi Hsiao Leung berkata, pemasangan pelita yang juga dipanggil panjut itu dilakukan dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

"Sebagai wakil rakyat yang mewakili pelbagai kaum, agama dan bangsa saya mengambil tanggungjawab ini untuk memahami dan prihatin dengan tradisi yang diamalkan masyarakat Melayu.

"Semestinya kita mahukan perayaan ini jadi paling bermakna untuk semua masyarakat di sini," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Majlis Iftar Sinari Kampungku di sini kelmarin.

Hsiao Leung bergambar bersama sebahagian penerima bantuan pada Majlis Iftar Sinari Kampungku kelmarin.
Hsiao Leung bergambar bersama sebahagian penerima bantuan pada Majlis Iftar Sinari Kampungku kelmarin.

Hsiao Leung berkata, antara kampung yang terlibat ialah Kampung Jawa, Kampung Tok Panjang, Kampung Tok Keramat, Permatang Kebun Sireh dan Kampung Siam.

"Kampung Gambir, Bagan Nyior, Kuala Juru, Sungai Semilang, Kampung Sekolah dan Bukit Kechil Juru juga pilihan lokasi dalam pemasangan 1,000 pelita ini," katanya.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, Hsiao Leung turut menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang UPSR dan penyampaian bantuan zakat kepada 400 penerima di kawasan Bukit Tengah.

Artikel Berkaitan: