Polis rampas 280 kg daun ketum

Kira-kira 280 kg daun ketum dirampas dalam pemeriksaan polis di hadapan IKBN Kuala Nerang, di sini hari ini.
Kira-kira 280 kg daun ketum dirampas dalam pemeriksaan polis di hadapan IKBN Kuala Nerang, di sini hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Polis merampas kira-kira 280 kilogram (kg) daun ketum dalam pemeriksaan di hadapan IKBN Kuala Nerang, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Noh Idris berkata, pihaknya menemui daun ketum dianggarkan bernilai RM8,400 itu dalam pemeriksaan dalam sebuah kenderaan kira-kira jam 12.10 tengah malam tadi.

Katanya, pihaknya menahan sebuah kenderaam jenis Hyundai GETZ dalam keadaan mencurigakan di hadapan IKBN Kuala Nerang lebih kurang 12.10 tengah malam.

"Melalui pemeriksaan, pihaknya menemui 28 plastik hitam dipercayai mengandungi 280 kg daun ketum di bahagian bonet dan tempat duduk bahagian belakang kereta.

No Image Caption

"Sehubungan itu, pihaknya merampas daun ketum untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dua lelaki Thailand turut ditahan kerana memiliki daun ketum dan bawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap untuk siasatan lanjut.

Katanya, dua lelaki merupakan pengangur berusia 40 dan 56 tahun ditahan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.