X

Kindly register in order to view this article
!

Perlu mewujudkan strategi kata laluan

Gavin Chow
A
A

FORTINET, pemimpin global dalam penyelesaian keselamatan siber yang luas, bersepadu dan automatik, mengingatkan rakyat Malaysia supaya berwaspada apabila mencipta atau menetapkan semula kata laluan terutamanya pada akaun media sosial mereka.

Peringatan itu susulan kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menggesa pengguna menukar kata laluan Facebook dan Instagram mereka, berikutan laporan bahawa berjuta-juta kata laluan pengguna Facebook mungkin diakses oleh kakitangan dalaman syarikat.

Menurut Rangkaian dan Strategi Keselamatan Fortinet, Gavin Chow berkata, Gavin Chow, mencipta kata laluan yang kuat dan mengemas kininya secara kerap adalah barisan pertahanan pertama dalam melindungi maklumat peribadi.

"Mengekalkan kata laluan yang kuat dan mewujudkan strategi kata laluan yang kukuh supaya orang lain tidak dapat meneka dengan tepat adalah usaha keselamatan siber yang perlu diamalkan setiap individu,” katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, risiko keselamatan data yang terbesar adalah penggunaan semula kata laluan untuk akaun, di mana 83 peratus daripada pengguna mengakui menggunakan kata laluan yang sama di beberapa laman web.

"Oleh itu, pengguna media sosial di Malaysia perlu mempertimbangkan amalan terbaik ketika mencipta akaun baharu atau mengemas kini kata laluan. Untuk menambah lapisan tambahan keselamatan, gunakan pengesahan multi-faktor jika ada.

"Ini mengesahkan identiti anda dengan menggunakan gabungan pelbagai faktor yang berbeza, seperti sesuatu yang anda tahu atau sesuatu yang mereka ada, seperti penjanaan token pada telefon pintar anda,” katanya.

Tambahnya lagi, jangan gunakan satu kata laluan yang sama untuk akaun-akaun yang berbeza.

Selain itu, kata Gavin, pastikan tiada sesiapa yang melihat ketika memasukkan kata laluan.

"Gunakan sistem pengurusan kata laluan berasaskan awan untuk membolehkan anda mencipta dan menyimpan frasa laluan yang kuat. Sistem pengurusan kata laluan membolehkan anda menyimpan senarai kata laluan yang disulitkan dengan selamat di awan yang boleh diakses dari mana-mana peranti,” katanya.

Menurutnya, melaksanakan kata laluan yang kuat adalah salah satu cara yang paling mudah untuk melindungi peranti dan data peribadi supaya tidak dicuri oleh penjenayah siber.

"Kata laluan yang terbaik adalah frasa laluan yang kuat, tidak boleh dilupakan dan sukar diteka, walaupun bagi seseorang yang mengetahui butiran peribadi kehidupan anda," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!