LBS raih dua pengiktirafan dalam kalangan pemaju hartanah terbaik Malaysia

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LBS, Lim Kim Kiat (kanan) dan Pengurus Besar Bahagian Prestasi dan Kecemerlangan Kumpulan LBS, Kok Chiau Wei memegang trofi Anugerah Carta Utama serta Anugerah Kualitatif Terbaik di MDA 2026.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LBS, Lim Kim Kiat (kanan) dan Pengurus Besar Bahagian Prestasi dan Kecemerlangan Kumpulan LBS, Kok Chiau Wei memegang trofi Anugerah Carta Utama serta Anugerah Kualitatif Terbaik di MDA 2026.
A
A
A

LBS Bina Group Berhad (LBS) terus memperkukuh kedudukannya dalam industri pembangunan hartanah negara apabila meraih dua pengiktirafan berprestij pada Malaysia Developer Awards (MDA) 2026.

LBS menerima Anugerah Carta Utama, sekali gus meletakkan syarikat itu dalam kelompok tiga pemaju hartanah terbaik bagi kategori syarikat dengan permodalan pasaran di bawah RM1 bilion.

Pada masa sama, syarikat berkenaan turut merangkul Anugerah Kualitatif Terbaik atas kecemerlangan dalam beberapa aspek utama termasuk inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), pembangunan ruang yang inovatif serta pendigitalan kreatif seperti yang dilaporkan dalam Laporan Tahunan Bersepadu 2025.

Majlis penyampaian anugerah itu berlangsung di Pusat Konvensyen KLGCC, Kuala Lumpur dan disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Pengiktirafan berganda itu dilihat mencerminkan pendekatan seimbang LBS dalam memacu pertumbuhan perniagaan melalui prestasi kewangan yang kukuh, pengurusan korporat yang bertanggungjawab, inovasi serta penciptaan nilai jangka panjang.

Ia juga membuktikan komitmen berterusan syarikat berkenaan dalam memperkukuh kedudukan pasaran sambil memenuhi keperluan dan jangkaan pembeli rumah serta komuniti yang sentiasa berkembang.

Malaysia Developer Awards mengiktiraf kecemerlangan pemain industri pembangunan hartanah berdasarkan pelbagai kriteria termasuk permodalan pasaran, prestasi kewangan, tadbir urus korporat serta komitmen terhadap pembangunan lestari.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LBS, Lim Kim Kiat (enam dari kiri) menerima Anugerah Carta Utama daripada Kor Ming pada MDA 2026.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LBS, Lim Kim Kiat (enam dari kiri) menerima Anugerah Carta Utama daripada Kor Ming pada MDA 2026.

Artikel Berkaitan:

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LB), Tan Sri Ir (Dr) Lim Hock San berkata, pengiktirafan itu mencerminkan daya tahan syarikat serta komitmen berterusan terhadap pertumbuhan mampan.

“Kami berbesar hati menerima dua anugerah ini yang mencerminkan daya tahan Kumpulan, pendekatan perniagaan yang berdisiplin serta komitmen berterusan kami terhadap pertumbuhan lestari.

“Pengiktirafan ini mengukuhkan tanggungjawab kami untuk terus memberikan nilai jangka panjang kepada para pemegang taruh, di samping membangunkan projek hartanah berkualiti yang memenuhi keperluan dan jangkaan pembeli rumah serta gaya hidup komuniti yang sentiasa berubah,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, LBS akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh portfolio pembangunan, meneroka peluang baharu dan menambah baik pendekatan dalam perancangan serta pelaksanaan projek.

“Menerusi perancangan yang telah disusun, kami juga akan memperkenalkan satu pembangunan baharu pada November ini yang dijangka menjadi satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan pertumbuhan Kumpulan.

“Selain membangunkan hartanah, kami berhasrat untuk mewujudkan persekitaran yang dirancang dengan teliti bagi memberikan nilai berpanjangan kepada pemilik rumah dan komuniti.

“Melalui pengurusan pembangunan yang bertanggungjawab, pembangunan tempat yang dirancang secara teliti serta penggunaan teknologi yang berkesan, kami akan terus memacu pertumbuhan mampan sambil memberikan sumbangan positif kepada komuniti yang kami santuni,” katanya.

Pengiktirafan terbaharu itu menambah lagi rekod pencapaian LBS dalam industri hartanah dan mencerminkan komitmen syarikat terhadap pembangunan berkualiti, tadbir urus korporat yang kukuh serta amalan perniagaan mampan bagi menjana nilai jangka panjang kepada semua pihak berkepentingan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!