Empat maut dalam tiga insiden letupan di Nepal

Mayat salah seorang mangsa yang maut dibawa keluar dari lokasi insiden letupan di Kathmandu. - Foto AP
Mayat salah seorang mangsa yang maut dibawa keluar dari lokasi insiden letupan di Kathmandu. - Foto AP
A
A
A

KATHMANDU - Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala tujuh yang lain cedera dalam tiga insiden letupan berasingan di Kathmandu semalam.

"Tiga orang terbunuh serta-merta manakala mangsa keempat meninggal dunia di hospital," kata pegawai polis, Shyam Lal Gyawali.

Seorang mangsa terbunuh dalam letupan pertama di sebuah rumah di kawasan kediaman Ghattekulo yang terletak di tengah bandar Kathmandu.

Letupan kedua pula berlaku berhampiran sebuah salon di Sukedhara, pinggir bandar Kathmandu mengorbankan tiga lagi nyawa manakala letupan ketiga mencederakan dua mangsa di kawasan Thankot, Kathmandu.

Orang ramai berkumpul berhampiran lokasi insiden di bandar Kathmandu. - Foto Reuters
Orang ramai berkumpul berhampiran lokasi insiden di bandar Kathmandu. - Foto Reuters

Dalam pada itu, kesemua tujuh mangsa yang cedera dibawa menjalani rawatan di hospital.

Menurut Gyawali, insiden dipercayai perbuatan kumpulan serpihan pemberontak Maois yang menentang tindakan kerajaan memberkas penyokong mereka.

"Risalah kumpulan tersebut ditemukan di lokasi letupan pertama," kata Gyawali.

Artikel Berkaitan:

Namun setakat ini, tiada pihak tampil bertanggungjawab terhadap insiden terbabit. - Reuters