Ruang solat masjid di Turki yang cukup mempesona

Gambar masjid cukup indah dan mempesonakan. - The Leaders
Gambar masjid cukup indah dan mempesonakan. - The Leaders
A
A
A

TURKI - Melangkah masuk ke ruang solat sebuah masjid di Turki, pandangan pasti akan terpukau dengan keindahan seni yang menghiasi setiap sudut ruang masjid dikatakan gambaran syurga.

Diberi nama masjid Yıldız Hamidiye atau masjid Hamidiye Camii, memiliki reka bentuk dalaman bangunan yang cukup indah dan mendamaikan.

Keunikan seni bina halus turut menarik minat pelancong antarabangsa untuk mengambil gambar apabila membuat lawatan ke masjid yang terletak Kırşehir, Turki.

Hamparan karpet berwarna hijau seolah-olah berpijak di atas rumput dikelilingi deretan pokok tinggi, berbumbungkan lukisan langit dan arah kiblat pula tersergam indah mural air terjun yang cukup mempesona.

No Image Caption

Berdasarkan sejarah, masjid ini dibina pada tahun 1910 semasa pemerintahan Kalifah Uthmaniah di kejiranan Yenis dari Kirsehir, masjid ini diberi nama sempena Kalifah Islam, Amir al-Mukminin Sultan Abdulhamid II Khan.

Selepas beberapa dekad, masjid ini terbiar usang dan rosak, kemudian diroboh dan dibina baharu di tapak yang sama.

Motif artistik dilukis oleh arkitek Azerbaijan, menarik perhatian dunia kerana keindahan dalaman masjid itu seolah-olah bernyawa.

Artikel Berkaitan:

Imam masjid, Sefa Ekinci, berkata mereka telah bekerja keras untuk menjadikan masjid syurgawi ini kelihatan hebat.

"Semasa saya bertugas di masjid ini, saya mengkaji sejarahnya dan mengikuti perkembangan pembinaan masjid.

"Pembinaan masjid ini mendapat ilham dari ayat suci al-Quran dari ayat 22 surah al-Baqarah membawa maksud "ALLAH yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi ALLAH, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa ALLAH ialah Tuhan Yang Maha Esa)," katanya.

Jelasnya, kebanyakan orang datang bersolat, berdoa di masjid itu mengatakan, jiwa mereka berasa seperti berdoa di syurga dan berasa lebih tenang.

Bekas imam masjid itu, Yilmaz Akcakaya juga mengagumi masjid ini kerana memiliki karya seni yang cukup hebat. - The Leaders