7 termasuk 3 wanita positif Amphetamine

Serbuan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Melaka Tengah di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya awal pagi tadi.
Serbuan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Melaka Tengah di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya awal pagi tadi.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Polis menahan tujuh pengunjung pusat hiburan termasuk tiga wanita selepas ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap mereka didapati positif dadah.

Kesemua mereka yang berusia 18 hingga 43 tahun itu ditahan ketika serbuan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, serbuan dilakukan dalam Op Bersepadu Pusat Hiburan Melaka Tengah kira-kira jam 2.30 pagi.

Serbuan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Melaka Tengah di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya awal pagi tadi.
Serbuan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Melaka Tengah di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya awal pagi tadi.

"Kita serbu sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya dan melakukan pemeriksaan ke atas 18 pengunjung, masing-masing 11 lelaki dan tujuh wanita.

"Ujian saringan air kencing mendapati empat lelaki dan tiga wanita positif Amphetamine. Mereka ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Semua pengunjung dan pemilik premis memberikan kerjasama ketika serbuan membabitkan empat pegawai dan 16 anggota termasuk enam dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Melaka Tengah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: