X

Kindly register in order to view this article
!

Lagi lubuk warga Afrika diserbu polis

Polis ketika melakukan pemeriksaan ke atas warga asing termasuk Afrika dalam Operasi Bersepadu Warga Afrika semalam.
A
A

KUALA LUMPUR - Lubuk warga Afrika di Kuala Lumpur diserbu polis dalam Operasi Bersepadu Warga Afrika selama tujuh jam berakhir 6 pagi semalam.

Berikutan serbuan itu, seramai 13 warga asing termasuk sembilan warga Afrika ditahan.

Ini adalah Operasi Bersepadu Warga Afrika ketiga yang dilakukan Polis Kuala Lumpur dalam tahun ini selepas diadakan pada 13 April dan 3 Mei lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, operasi dijalankan di sekitar Jalan Changkat Bukit Bintang, Kondominium Arena Green Bukit Jalil, Jalan Sepadu off Jalan Klang Lama, Taman OUG Brickfields, Taman Len Seng, Cheras dan Metro Prima, Kepong.

"Dari sembilan warga Afrika yang ditahan, empat daripadanya merupakan warga Nigeria, masing-masing dua dari Guinea dan Sudan dan seorang dari Tanzania melibatkan tujuh lelaki dan dua wanita.

"Polis turut menahan tiga lelaki warga Bangladesh dan seorang orang lelaki warga Nepal turut ditahan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mazlan berkata, mereka yang ditahan dalam operasi tersebut dibawa ke Lokap Cheras dan Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Tindakan diambil mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) iaitu masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah dan akta-akta yang berkaitan," katanya.

Menurutnya lagi, Polis Kuala Lumpur memandang serius isu kebanjiran warga Afrika dan akan meneruskan operasi seumpama ini bagi membanteras jenayah yang dilakukan mereka dari benua itu.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat bolehlah menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Seramai 99 orang pegawai kanan dan anggota Polis Kuala Lumpur terlibat dalam operasi ini dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia.