Raja Muda Selangor serah sumbangan Aidilfitri

Tengku Amir Shah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim di Masjid At-Taqwa, Kampung Selayang Baru, di sini hari ini.
Tengku Amir Shah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim di Masjid At-Taqwa, Kampung Selayang Baru, di sini hari ini.
A
A
A

GOMBAK - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM110,000 kepada golongan asnaf di Masjid At-Taqwa, Kampung Selayang Baru, di sini hari ini.

Baginda menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) membabitkan wang tunai RM100 kepada 1,100 anak yatim di daerah Gombak bagi membantu persiapan menyambut Aidilfitri.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YIDE, Nur Mohd Razali Abdullah berkata, sebanyak RM797,000 diperuntukkan tahun ini untuk diagihkan kepada anak yatim yang berdaftar dengan YIDE.

"Gombak adalah daerah kelima yang menjadi lokasi penyampaian sumbangan untuk anak yatim daripada YIDE sempena Aidilfitri tahun ini.

Tengku Amir Shah (tengah) bergambar bersama tetamu khas dan penerima selepas selesai upacara penyampaian sumbangan Aidilfitri di Masjid At-Taqwa, Kampung Selayang Baru, di sini hari ini.
Tengku Amir Shah (tengah) bergambar bersama tetamu khas dan penerima selepas selesai upacara penyampaian sumbangan Aidilfitri di Masjid At-Taqwa, Kampung Selayang Baru, di sini hari ini.

"Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan sumbangan kepada empat daerah iaitu Klang (RM144,900), Petaling (RM129,600), Sabak Bernam (RM54,400) dan Kuala Selangor (RM81,000) sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Orang Besar Daerah Gombak, Tan Sri Wan Mahmood Pa'Wan Teh; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Haris Kasim dan Pegawai Daerah Gombak, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim.

Artikel Berkaitan: