16 penduduk Palestin cedera di sempadan Gaza

Seorang lelaki Palestin yang cedera diusung ke kawasan selamat oleh anggota paramedik.
Seorang lelaki Palestin yang cedera diusung ke kawasan selamat oleh anggota paramedik.
A
A
A

GAZA CITY - Rejim Zionis sekali lagi mengabaikan tuntutan antarabangsa apabila melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin yang berkumpul di sempadan Gaza-Israel.

Dalam insiden semalam, sekurang-kurangnya 16 rakyat Palestin cedera ketika mengadakan protes terhadap pendudukan Israel di Semenanjung Gaza.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin, Ashraf Al-Qudra berkata, 14 orang cedera terkena tembakan selain terhidu gas pemedih mata dilepaskan tentera Israel.

Katanya lagi, seorang paramedik, Dalia Abu Raidah terpaksa dirawat selepas gas pemedih mata Israel mendarat di bahagian kakinya.

Jurugambar, Atta Hadayed turut cedera terkena peluru getah semasa membuat liputan di bandar Khuza'a.

Beribu-ribu rakyat Palestin mengadakan protes mingguan setiap Jumaat sejak 30 Mac tahun lalu bagi mendesak Israel melonggarkan sekatan selama 12 tahun ke atas wilayah Gaza.

Protes tersebut juga menuntut hak untuk pulang ke kampung halaman selepas diusir Zionis pada 1948.

Hampir 300 rakyat Palestin terbunuh sejak protes tersebut tercetus manakala 16,000 lagi mengalami pelbagai kecederaan. - Agensi

Artikel Berkaitan: