Bersatu Batu Rakit rai 85 keluarga

Fauzi Long (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Hasnaf di Kampung Pandu di sini.
Fauzi Long (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Hasnaf di Kampung Pandu di sini.
A
A
A

BATU RAKIT - Sebanyak 85 keluarga diraikan dengan pemberian sumbangan keperluan dapur menerusi program Ziarah Cakna Asnaf anjuran Parti Bersatu DUN Batu Rakit, di sini hari ini.

Pengerusi Penyelaras Bersatu DUN Batu Rakit, Fauzi Long berkata, keperluan dapur itu diagihkan kepada asnaf tinggal di enam Pusat Daerah Mengundi Bersatu yang telah didaftarkan.

"Program seumpama ini adalah anjuran kali pertama pihak Bersatu DUN Batu Rakit dalam usaha membantu meringankan beban golongan memerlukan menjalani ibadah puasa tahun ini.

"Kita berharap dengan sedikit bantuan ini dapat memberi kelegaan dalam menguruskan perbelanjaan bagi golongan asnaf dan semoga mendapat dimanfaatkan dengan sebaiknya" katanya.

Majlis yang diadakan menerusi lawatan dari rumah ke rumah ini turut dihadiri Setiausaha Bersatu Bahagian Setiu, Zainaldin Ismail serta Serikandi Bersatu DUN Batu Rakit dan Ketua-ketua PDM.

Sementara itu, seorang penerima merupakan ibu tunggal Hasnaf Muda, 52, dari Kampung Pandu berkata, dia gembira terpilih menerima sumbangan barangan dapur itu kerana sedikit sebanyak dapat meringankan bebannya menyediakan keperluan pada Ramadan ini.

"Saya berterima kasih kepada Bersatu Batu Rakit yang berusaha menyediakan keperluan dapur untuk membantu orang susah seperti saya ketika Ramadan ini," katanya mempunyai empat anak.

Artikel Berkaitan: