Laluan utama penuh sampah, berbau busuk

Keadaan laluan utama Kampung Alor Pudak, Yan yang dipenuhi sampah.
Keadaan laluan utama Kampung Alor Pudak, Yan yang dipenuhi sampah.
A
A
A

YAN - Jalan utama Kampung Alor Pudak di sini dipenuhi sampah sarap yang dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab.

Penyelaras DUN Sungai Limau, Zahran Abdullah berkata, pihaknya sudah meninjau kawasan yang dijadikan sebagai tempat pembuangan sampah di kawasan tersebut.

Katanya, aktiviti pembuangan sampah di kawasan tersebut telah berlanjutan hampir bertahun lamanya.

“Namun begitu keadaan itu bertambah teruk sejak kebelakangan ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Zahran, lokasi berkenaan bukan sahaja menjadi tempat pembuangan sampah penduduk kampung tersebut malah terdapat juga lori yang membawa muatan sampah dari luar turut menjadikan kawasan itu sebagai pusat pembuangan sampah.

No Image Caption

“Kawasan berkenaan terlalu hampir dengan rumah penduduk dan tidak adil untuk mereka menghidu bau sampah yang sangat busuk,” katanya.

Zahran berkata, keadaan itu bukan sahaja mengundang bau busuk malah turut mencacatkan pemandangan.

Artikel Berkaitan:

“Sebelum ini papan tanda larangan membuang sampah telah diletakkan namun dicabut oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Insya-ALLAH kali ini kita akan pastikan kawasan ini kembali bersih kerana pihak saya sendiri telah memaklumkan kepada Majlis Daerah Yan (MDY),” katanya.

Katanya, diharapkan dengan tindakan yang bakal diambil oleh MDY kawasan berkenaan akan menjadi lebih bersih.