Rebut pahala berganda baca al-Quran di bulan Ramadan


Che Mohd Rahim (tengah) menerima kunjungan Pengurus Sinar Harian Kelantan, Surena Mohd Noor di pejabatnya semalam.
Che Mohd Rahim (tengah) menerima kunjungan Pengurus Sinar Harian Kelantan, Surena Mohd Noor di pejabatnya semalam.
A
A
A

KOTA BHARU – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) dan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) mengajak semua penduduk di negeri ini untuk merebut pahala berganda membaca al-Quran pada bulan Ramadan dengan menyertai World #QuranHour pada 30 Mei ini.

Pengarah Jaheaik, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata, membaca al-Quran sahaja sudah memberikan pahala yang tidak terkira, apatah lagi sekiranya dibaca pada bulan puasa yang penuh dengan keberkatan seperti dijanjikan ALLAH SWT.

“Sejak dari awal bermula 2015 lagi, kami di Jaheaik sememangnya sangat menyokong gelombang al-Quran iaitu baca, faham dan amal yang dicetuskan oleh Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.

Nik Mohd Azlan (dua, kanan) bersama Pengurus Sinar Harian Kelantan, Surena Mohd Noor menyatakan sokongan kepada World #QuranHour.
Nik Mohd Azlan (dua, kanan) bersama Pengurus Sinar Harian Kelantan, Surena Mohd Noor menyatakan sokongan kepada World #QuranHour.

“Jadi, kami juga mengajak masyarakat supaya turut sama menyertai acara itu selama sejam secara optimum iaitu dengan membaca surah al-Kahf bermula ayat 1 hingga 10 dan bertadabbur supaya memahami isi kandungan ayat tersebut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

World #QuranHour dengan moto Dunia Berbudi dan Penyayang anjuran WUIF akan berlangsung serentak di seluruh negara dan Masjid Muhammadi Kota Bharu menjadi pilihan untuk penganjuran di Kelantan.

Che Mohd Rahim berkata, setiap umat itu adalah pemimpin dan setiap daripada mereka belum terlewat untuk pandai membaca al-Quran sekali gus melahirkan pemimpin yang sentiasa berpandukan serta berlandaskan al-Quran.

Artikel Berkaitan:

CHE MOHD RAHIM JUSOH
CHE MOHD RAHIM JUSOH

“Di Kelantan sendiri mempunyai 500 masjid yang menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat untuk mempelajari al-Quran, malah sekiranya ada yang memerlukan khidmat nasihat berkait dengan pembelajaran al-Quran ini juga boleh dirujuk di Pejabat Agama Jajahan atau Jaheaik sendiri.

“Perkara ini sesuatu yang sangat baik dan seharusnya semua rakyat tidak melepaskan peluang dan merebutnya untuk kebaikan bersama,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, pihaknya sentiasa bersedia bekerjasama dengan pihak penganjur dalam mengadakan program bermakna seumpama itu yang bersifat duniawi dan ukhrawi.

NIK MOHD AZLAN ABD HADI
NIK MOHD AZLAN ABD HADI

“Saya ucapkan tahniah dan syabas kerana penganjur kerana melaksanakan satu program yang menjangkau dari sudut wawasan akhirat. Dalam penutup doa umat Islam di seluruh dunia akan memohon kebahagiaan dunia dan akhirat.

“Sebagai umat Islam, wajarlah membaca al-Quran menjadi satu rutin harian dan setiap masalah akan dapat diselesaikan kerana al-Quran bukan sekadar buku, tetapi ialah mukjizat dan pengubat serta rahmat kepada orang Islam yang sudah diturunkan 1,000 tahun yang lampau serta akan kekal sehingga kiamat,” katanya.