KPDNHEP Negeri Sembilan rampas tiga lori tangki LPG

Johary (tengah) semasa membuat pemeriksaan tergadap lori tangki yang berisi gas LPG di sebuah premis secara haram di Jalan PD-Seremban, semalam.
Johary (tengah) semasa membuat pemeriksaan tergadap lori tangki yang berisi gas LPG di sebuah premis secara haram di Jalan PD-Seremban, semalam.
A
A
A

SEREMBAN -Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri merampas tiga lori tangki mengandungi gas petroleum cecair (LPG) yang disimpan secara haram di sebuah tanah lapang Jalan Port Dickson- Seremban, di sini semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri Johary Yacob berkata serbuan dilakukan oleh anggota penguat kuasa selepas mendapat maklumat awam sejak sebulan lalu.

"Hasil pemeriksaan mendapati tiga lori tangki disyaki mengandungi barang kawalan bersubsidi iaitu LPG tersimpan di premis yang beroperasi secara haram sejak tiga bulan lalu.

"Kawasan ini dijadikan sebagai setor menyimpan gas LPG yang dicuri sebelum dijual kepada pasaran luar.

"Disebabkan itu, mereka telah didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memindah barang kawalan berjadual iaitu gas di tempat yang bukan dilesenkan atau tanpa kebenaran," katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan di lokasi di sini hari ini.

Tambahnya, modus operandi mereka ialah mengambil gas dari depo yang dilesenkan dan kemudian singgah di premis ini bagi keluarkan satu tan gas untuk disimpan di tangki yang lain.

Sekiranya tangki yang disimpan itu sudah penuh, mereka akan jual ke pasaran-pasaran yang telah dikenal pasti, seperti hotel untuk mendapatkan keuntungan poket mereka.

Antara barang yang disita adalah sembilan unit salinan asal 'delivery order' dan tiga buah lori tangki yang berisi gas petroleum cecair (LPG) berkapasiti 20,000kg dengan nilai rampasan sebanyak RM411,200.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pihaknya akan meneruskan siasatan dalam kadar segera bagi memastikan orang yang bertanggungjawab akan didakwa di mahkamah.

Jika sabit kesalahan boleh didenda RM500,000 bagi orang perseorangan dengan tiga tahun penjara.