X

Kindly register in order to view this article
!

88 das meriam iringi keberangkatan jenazah Sultan Ahmad Shah

41 Bateri Artileri Istiadat Rejimen Artileri Diraja yang berpangkalan di Kem Sungai Buloh di Selangor. mengendalikan istiadat melepaskan tembakan meriam di dua lokasi berasingan.
A
A

PEKAN - Sebanyak 88 das tembakan istiadat meriam mengiringi keberangkatan keluar jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah dari Istana Sultan Abu Bakar untuk dimakamkan di Makam Diraja Pekan di sini, hari ini.

Jumlah itu menyamai usia Almarhum dan dilepaskan 41 Bateri Artileri Istiadat Rejimen Artileri Diraja yang berpangkalan di Kem Sungai Buloh di Selangor.

Tembakan meriam tersebut dilakukan di dua tempat iaitu di pekarangan Istana Sultan Abu Bakar dan Perkarangan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)

Jenazah Almarhum diletakkan di dalam van jenazah, diiringi kaum kerabat Diraja, penghulu-penghulu mukim serta rakyat jelata.

Suasana hiba dan pilu menyelubungi kerabat Diraja serta seluruh rakyat jelata yang menyaksikan keberangkatan jenazah Almarhum baginda ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah sebelum dimakamkan di Makam Diraja Pekan.

Cuaca cerah dan panas mengiringi keberangkatan jenazah di samping jarak dari istana ke Makam Diraja Pekan sejauh kira-kira 4.8 kilometer dengan kelajuan van hanya kira-kira 10 kilometer sejam demi membiarkan orang ramai yang mengiringi Almarhum Tuanku dapat berjalan seiring.

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Ahmad Shah mangkat

Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada jam 8.50 pagi semalam.

Baginda merupakan Sultan Pahang kelima dan ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf