Gadis dibelasah hingga mandul

Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun berkemungkinan menjadi mandul selepas dibelasah teruk sekumpulan rakan sekolah. - Foto CEN
Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun berkemungkinan menjadi mandul selepas dibelasah teruk sekumpulan rakan sekolah. - Foto CEN
A
A
A
STAVROPOL KRAI - RUSIA. Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di Stavropol Krai, Rusia, berkemungkinan menjadi mandul selepas dibelasah teruk sekumpulan rakan sekolah yang tidak senang dengan tindakan mangsa menegur kelakuan mereka di sekolah.

Media tempatan melaporkan sebelum kejadian, mangsa bernama Liza berjalan bersama seorang pelajar lelaki dikenali sebagai Dima apabila dia diserang lima pelajar perempuan berusia antara 13 dan 14 tahun.

Mangsa dibelasah selama tiga jam dalam kejadian di bandar Mineralnye Vody, dan lebih teruk lagi kejadian itu dirakam salah seorang penyerang.

Dalam rakaman berkenaan, Liza diserang pelajar perempuan dikenali sebagai Veronika Astapova, 14, yang menumbuk kepala, menghempasnya ke atas jalan serta menyepak belakang badan dan kepala mangsa.

Seorang lagi pelajar berusia 13 tahun, melompat dan memijak bahagian belakang kepala mangsa.
Artikel Berkaitan:


Di akhir rakaman, Liza kelihatan melutut dan dipaksa meminta maaf sebelum dilepaskan oleh kumpulan pembuli tersebut.

Mangsa kini terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami gegaran otak dan kecederaan parah organ dalaman terutama sistem pernafasan dan peranakan.

Pihak polis telah mengenal pasti kesemua suspek dan siasatan sedang berjalan. - Dailymail