Kehilangan Sultan Ahmad Shah beri kesan besar buat negara

Tun Daim memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah yang di Istana Abu Bakar, Pekan, di sini, hari ini.
Tun Daim memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah yang di Istana Abu Bakar, Pekan, di sini, hari ini.
A
A
A

PEKAN - Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin menyifatkan kemangkatan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah sebagai satu kehilangan besar buat negara.

Beliau berkata, Almarhum yang menjadi Yang di-Pertuan Agong telah memberikan sumbangan yang besar kepada negara.

"Nama Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah juga begitu 'sebati' dengan sukan bola sepak.

"Kerana minat yang mendalam, membuatkan baginda mengabdikan diri dalam pembangunan sukan bola sepak negara," katanya yang ditemui selepas memberikan penghormatan terakhir di Balairung Seri Istana Abu Bakar.

Beliau turut mengakui perkenalan dengan Almarhum bukan satu tempoh yang singkat.

"Saya dengan baginda sudah kenal lama, sahabat yang baik, seorang raja yang rapat dengan rakyat dan rakyat kasih dengan baginda," katanya.

Jenazah Almarhum akan dibawa ke Masjid Sultan Ahmad Shah di sini sebelum dimakamkan di Makam Diraja selepas solat Zohor.

Artikel Berkaitan: