Malaysia, ambil iktibar daripada Pilpres Indonesia

A
A

SEDIH. Keputusan Pilihan Raya Presiden (Pilpres) diumumkan jam 2 pagi 21 Mei. Aneh, diumumkan waktu rakyat sedang tidur.

Petangnya, rakyat merusuh dan sehingga kini sudah lapan terkorban. Gara pemimpin berebut menjadi Presiden, rakyat yang merusuh dan rakyat yang meninggal.

Rusuhan ini perlu segera ditamatkan. Jika tidak kesannya lebih teruk dari Reformasi 1998. Rusuhan 1998 kerana masalah ekonomi, rusuhan 2019 adalah kerana sentimen agama.

Inilah senjata orang politik. Hendak kuasa gunakan aparatus negara seperti polis, birokrat dan pengendali pilihan raya. Lebih teruk, gunakan agama dan kaum.

Di Indonesia sekarang, rakyat dirasuk bukan kerana Jokowi rasuah, tapi tiga perkara: agama terancam dan ulamak dizalimi, kaum Cina menguasai negara, dan KPU (SPR) curang. Bahaya sentimen ini.

Untuk Malaysia, berhati-hati menggunakan isu agama dan kaum dalam politik. SPR juga jangan curang dan perlu adil. Begitulah!

* Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff