Peluang memendekkan tempoh pengajian universiti

Kursus dalam talian secara microcredential ialah model pendidikan masa hadapan yang sedang merubah landskap pendidikan tinggi dan alam pekerjaan.
Kursus dalam talian secara microcredential ialah model pendidikan masa hadapan yang sedang merubah landskap pendidikan tinggi dan alam pekerjaan.
A
A
A

TAHUKAH anda, sebenarnya sejak dari tahun 2017, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah membenarkan sehingga 30 peratus daripada keperluan kredit untuk pengijazahan diambil secara kursus dalam talian dan dibuat secara pindahan kredit dengan syarat tertentu.

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kini boleh memulakan pengajian universiti dalam bidang pilihan mereka tanpa perlu menunggu panggilan atau pendaftaran sebagai pelajar.

Lepasan SPM dan STPM kini boleh memulakan pengajian universiti dalam bidang pilihan mereka tanpa perlu menunggu panggilan atau pendaftaran sebagai pelajar. Gambar hiasan
Lepasan SPM dan STPM kini boleh memulakan pengajian universiti dalam bidang pilihan mereka tanpa perlu menunggu panggilan atau pendaftaran sebagai pelajar. Gambar hiasan

Dengan cara ini, mereka dapat mencapai dua matlamat penting. Pertama, meringankan beban pengajian apabila hanya perlu melengkapkan baki jumlah 70 peratus kredit pengijazahan dengan kursus yang diambil secara bersemuka.

Kedua, kemungkinan untuk memendekkan tempoh pengajian oleh kerana telah menyelesaikan sehingga 30 peratus lagi secara pembelajaran kendiri.

Sebagai contoh, seorang pelajar lepasan STPM yang bernama Balqis yang bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda di Universiti Malaya (UM) dalam bidang Sains Aktuari.

Balqis boleh menyemak dan meneliti struktur kurikulum Sains Aktuari dari laman sesawang UM dan mendapatkan senarai kursus bagi program tersebut, sebagai persediaan.

Beliau boleh membandingkan senarai kursus ini dengan mana-mana kursus dalam talian yang berkaitan sama ada ianya ditawarkan oleh UM atau universiti lain dari dalam dan luar negara.

Artikel Berkaitan:

Dengan mengambil kira pernyataan Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) yang berpadanan dengan kursus ditawarkan UM, Balqis boleh belajar secara dalam talian sementara menunggu tawaran panggilan masuk ke universiti.

Ini bagi membolehkan beliau mendapatkan sijil microcredential dan setelah diterima masuk ke UM, Balqis hanya perlu membuat permohonan pindah kredit.

UM akan memulakan proses berkenaan dengan mengesahkan ketulenan sijil tersebut dan boleh mengadakan penilaian khas terhadap Balqis untuk menilai pencapaian.

Selain itu, pelajar yang sedang menjalani program pengajian di universiti juga berpeluang untuk belajar secara dalam talian mengikut masa mereka sendiri, dan memohon pindahan kredit kepada mana-mana kursus yang belum diambil secara konvensional.

Peluang seperti ini yang telah tersedia dan diterima oleh sektor pendidikan tinggi dalam negara perlu dimanfaatkan secara maksimum oleh remaja lepasan SPM dan STPM.

Sebagai rumusan, kursus dalam talian secara microcredential ialah model pendidikan masa hadapan yang sedang merubah lanskap pendidikan tinggi dan alam pekerjaan.

*Mantan Ketua eLearning, Pusat Pembangunan dan Pengayaan Akademik (ADEC), UM, Dr Zahiruddin Fitri Abu Hassan

MANFAAT AI DALAM AGENSI PENGUAT KUASA

DALAM dunia yang berubah dengan cepat pada hari ini, menerima teknologi kecerdasan buatan (AI) bukan sekadar satu pilihan tetapi merupakan keperluan untuk tetap bersaing.

Sektor kerajaan sehingga ke sektor industri, AI menawarkan potensi transformasi selain pembuat keputusan yang lebih cerdas, penjimatan kos dan penyampaian perkhidmatan lebih baik.

AI dalam sistem pentadbiran dan perkhidmatan awam dapat meningkatkan kecekapan operasi serta kualiti kepada orang ramai. Sebagai contoh, penggunaan chatbot AI dalam sistem sokongan pelanggan dapat mempercepatkan masa respon kepada pertanyaan dan aduan awam.

Automasi proses melalui AI dapat membantu mengurangkan kos operasi kerajaan dan meminimumkan pembaziran sumber seperti kertas, cetakan, masa dan tenaga.

Penggunaan teknologi AI dalam sistem keselamatan awam seperti pengenalan wajah dan pengesanan jenayah dapat meningkatkan keselamatan serta keamanan.

Selain itu, AI dalam sistem pengangkutan awam, pengurusan air dan tenaga boleh meningkatkan pengurusan sumber serta kecekapan infrastruktur bandar.

Mengintegrasikan AI ke dalam operasi kerajaan boleh merangsang inovasi di pelbagai sektor ekonomi, termasuk penjagaan kesihatan, pendidikan dan industri.

Memperkenalkan lampu isyarat pengawasan menggunakan AI di Malaysia sudah pastilah ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia untuk mengurangkan kesesakan, mengoptimumkan waktu lampu isyarat dan meningkatkan mobiliti bandar.

Ini akan membantu meningkatkan daya saing negara dalam era digital selari dengan dasar kerajaan terkini iaitu AI untuk Rakyat.

*Timbalan Ketua Pusat Penyelidikan dan Konsultasi INTAN Bukit Kiara, Syed Mohamad Al Adros Tuan Muning

MITOS KEROSAKAN GIGI

Tular baru-baru ini melalui laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 16 Mac 2024 di mana seorang kanak-kanak berusia empat tahun telah dirujuk kepada pakar pergigian untuk dicabut kesemua 20 batang gigi susu.

Tular baru-baru ini seorang kanak-kanak berusia empat tahun telah dirujuk kepada pakar pergigian untuk dicabut kesemua 20 batang gigi susu.
Tular baru-baru ini seorang kanak-kanak berusia empat tahun telah dirujuk kepada pakar pergigian untuk dicabut kesemua 20 batang gigi susu.

Secara umumnya gigi terbentuk dalam dua lapisan utama iaitu enamel (lapisan paling luar) dan dentin (lapisan dalam) yang melitupi struktur pulpa atau saraf di tengah-tengah gigi yang terdiri daripada saluran darah dan saraf deria yang memberi nutrisi serta 'rasa' kepada setiap batang gigi.

Kerosakan gigi atau karies adalah serangan kuman (Streptococcus mutans) yang terjadi pada lapisan paling luar (enamel) dan merupakan struktur keras paling kuat di dalam tubuh badan manusia.

Sekuat-kuat struktur ini, ia dikalahkan oleh asid yang terhasil daripada kuman di dalam mulut yang mendapat sumber makanan daripada makanan yang manusia makan terutamanya karbohidrat atau gula.

Kerosakan ini yang pada mula hanya melembutkan struktur enamel, lama kelamaan menyebabkan bahagian yang terhakis menjadi berlubang sehingga menular ke lapisan paling dalam iaitu saraf gigi, seterusnya masuk ke bahagian lain di dalam rahang.

Apa yang terjadi kepada anak berusia empat tahun itu ialah jangkitan yang telah masuk ke dalam rahang dan tisu lembut muka, menyebabkan muka menjadi bengkak dan biasanya pesakit akan demam.

Adakah kerosakan gigi susu ini fenomena biasa yang kononnya memang berlaku kepada semua gigi susu? Adakah gigi anak kecil memang lumrahnya kehitam-hitaman?

Sudah tentu jawapannya adalah tidak. Ia adalah mitos seperti mana seorang tua akan kehilangan giginya satu demi satu. Semua gigi manusia sepatutnya kekal di dalam mulut sehingga akhir hayat (kecuali gigi susu yang digantikan dengan gigi kekal apabila tiba masanya).

Kerosakan gigi susu terjadi kerana beberapa salah faham.
Kerosakan gigi susu terjadi kerana beberapa salah faham.

Kerosakan gigi susu terjadi kerana beberapa salah faham. Pertama ialah berkenaan jenis makanan atau susu yang boleh menyebabkan kerosakan gigi. Susu ibu ialah makanan terbaik untuk semua bayi.

Jika ibu bapa merasakan mereka boleh kurang memberi perhatian kepada pembersihan gigi kerana anak belum banyak makan dan hanya menyusu ibu, tanggapan ini silap.

Terutamanya jika anak mempunyai tabiat menyusu secara berpanjangan di waktu malam dan puting botol atau puting ibu dibiarkan di dalam mulutnya sepanjang malam.

Salah faham yang kedua ialah gigi susu tidak perlu diberi perhatian dan dibersihkan. Jika proses menggosok gigi dilakukan secara kerap tetapi teknik yang salah, plak tetap akan terbentuk dan tidak dibersihkan.

Plak yang tidak diberus dan berada lama di atas gigi akan mengeras membentuk kalkulus atau karang gigi dan menjadi perkumpulan banyak bakteria membentuk jaringan kompleks merosakkan struktur enamel.

Mesej ringkas, mudah dan jelas yang saya ingin bawakan di sini ialah sayangi anak anda yang belum mampu menjaga kebersihan diri.

Menjadi tanggungjawab ibu bapa memastikan kebersihan gigi terjaga.

Penjagaan gigi bermula sebaik sahaja gigi pertama tumbuh sekitar usia bayi enam bulan. Bak kata pensyarah Paediatric Dentistry saya, Professor Louise Brearly Messer setiap kali sesi kelas syarahannya, ‘two is too late’.

Jika anak anda sudah berusia dua tahun dan mereka belum pernah berjumpa doktor gigi, ‘she is overdue for a friendly dental visit’ walaupun tiada masalah pergigian.

*Pensyarah dan Pakar Pergigian Prostodontik, Fakulti Pergigian UiTM Sungai Buloh, Dr Aini Hayati Abdul Rahim

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28