Sultan Johor zahir ucapan takziah

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan salam takziah atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Almarhum Sultan Abu Bakar, hari ini.

Ucapan salam takziah itu dizahirkan menerusi hantaran yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi baginda.

“Salam takziah atas kemangkatan KDYMM Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar 1930-2019.

“Sesungguhnya kami adalah milik ALLAH dan kepadaNya kami kembali,” menurut hantaran di laman berkenaan.

Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 8.50 pagi tadi.

Khabar dukacita itu disahkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah, 88, merupakan Sultan Pahang kelima dan ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Bernama

Artikel Berkaitan: