RM210,000 peruntukan diagih di peringkat Parlimen Merbok

Lebih 500 kanak-kanak menyertai pertandingan mewarna sempena Karnival Semarak Ramadan di Dewan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah, Bandar Laguna Merbok.
Lebih 500 kanak-kanak menyertai pertandingan mewarna sempena Karnival Semarak Ramadan di Dewan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah, Bandar Laguna Merbok.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Sebanyak RM210,000 peruntukan membabitkan akademik, infrastruktur, kebajikan dan keagamaan peringkat Parlimen Merbok diagih mengikut permohonan sejak awal tahun ini.

Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Surip berkata, peruntukan berkenaan merangkumi agihan kepada 14 buah sekolah termasuk projek infra melalui Projek Mesra Rakyat berjumlah RM172,000.

Menurutnya, peruntukan kepada pertubuhan iaitu dua badan bukan kerajaan (NGO) termasuk koperasi polis dan 13 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pula membabitkan jumlah sebanyak RM20,000.

“Kita juga menyediakan peruntukan kepada 20 buah masjid dan surau di Parlimen Merbok dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM18,000,” katanya ketika merasmikan Karnival Semarak Ramadan di Dewan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah, Bandar Laguna Merbok.

Nor Azrina berkata, kesemua peruntukan diagihkan berdasarkan permohonan yang dibuat kepada pihaknya sejak Januari 2019 untuk dimanfaatkan rakyat khususnya di Parlimen Merbok.

“Kita harap peruntukan ini digunakan sebaik mungkin bagi memastikan keperluan daripada pelbagai sudut termasuk akademik, infra, kebajikan dan keagamaan dipenuhi,” katanya.

Menurutnya, peruntukan disampaikan ini bersempena penganjuran karnival yang bermula sejak jam 10 pagi sekaligus mengambil kesempatan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Turut diadakan, acara kacau bubur lambuk secara gotong-royong disertai ahli Kawasan Rukun Tetangga seterusnya pengagihan 1,500 bekas bubur kepada orang ramai.

Artikel Berkaitan:

“Kita juga menjemput beberapa agensi termasuk Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penerangan dan Tabung Haji untuk mengadakan kaunter bergerak,” katanya.

Dalam masa sama, 100 orang asnaf turut diraikan dengan penyerahan sumbangan.

Nor Azrina (tengah) mengagihkan bubur lambuk yang siap dimasak kepada orang ramai.
Nor Azrina (tengah) mengagihkan bubur lambuk yang siap dimasak kepada orang ramai.