Masjid Lembah Pergau dijangka siap awal tahun depan

Masjid Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau di Jeli masih dalam pembinaan.
Masjid Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau di Jeli masih dalam pembinaan.
A
A
A

JELI - Pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau di sini menyasarkan pembinaan masjid di institusi itu siap pada awal tahun depan.

Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau, Kameruzaman Ab Rahman berkata, perkara itu bagi membolehkan pelajar beribadah dengan selesa.

“Pembinaan masjid dilakukan di Bukit Tapis Kampung Jerimbong, Kuala Balah bermula pertengahan tahun lalu itu dan baru 20 peratus kemajuan.

“Masjid bakal mempunyai kelengkapan ruang solat, tempat wuduk dan pejabat itu boleh memuatkan kira- kira 300 pelajar pada satu masa,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Beliau berkata, pihaknya masih memerlukan dana sebanyak RM1 juta untuk masjid siap sepenuhnya dengan kos keseluruhan RM1.5 juta.

Masyarakat yang jauh dari kawasan pusat bandar juga akan mendapat kemudahan menghantar anak-anak ke maahad itu.

“Kami menumpukan pada pembinaan masjid sebelum pembinaan bangunan-bangunan yang lain,” katanya.

Orang ramai yang mahu menyumbang boleh terus ke akaun Maybank 553056414773 atas nama Madrasah Tahfiz Lembah Pergau atau menghubungi pembantu tahfiz terbabit, Baihaqi Kameruzaman di talian 014-5305 331.