119 ketul ganja bernilai RM243,000 dirampas

Kamarulzaman (dua, kanan) menunjukkan ganja yang dirampas pada sidang media yang diadakan di IPD Subang Jaya di sini tadi.
A
A

SUBANG JAYA- Satu sindiket pengedaran dadah yang didalangi warga tempatan berjaya ditumpaskan pihak polis dalam serbuan yang dijalankan di kawasan parkir kenderaan di Bandar Sunway di sini.

Susulan daripada serbuan pihak polis melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, sebanyak 119 ketulan dadah mampat dipercayai ganja bernilai RM243,000.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Kamarulzaman Mamat berkata ganja tersebut ditemukan polis dalam sebuah kereta di tapak parkir tersebut.

"Hasil siasatan mendapati sindiket ini didalangi warga tempatan, melakukan penyeludupan dan pengedaran dadah, kesemua dadah ini dibawa masuk daripada negara jiran untuk pasaran tempatan.

"Dadah ditemukan di bahagian tempat duduk belakang dan but, serbuan yang sama turut berjaya menahan dua lelaki warga tempatan masing-masing berumur 28 dan 31 tahun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya semalam.

Antara dadah jenis ganja yang dirampas dalam serbuan yang dijalankan di sebuah tapak parkir di Bandar Sunway di sini.
Antara dadah jenis ganja yang dirampas dalam serbuan yang dijalankan di sebuah tapak parkir di Bandar Sunway di sini.

Katanya, selain dadah, polis juga menyita beberapa barangan yang dirampas dalam serbuan tersebut.

"Sebuah kereta, motosikal Yamaha LC 135 serta wang tunai bernilai RM1,150 dirampas dalam serbuan ini dan keseluruhan yang disita berjumlah RM60,000," katanya.

Menurutnya, hasil siasatan dijalankan kedua suspek didapati tiada rekod jenayah.

"Ujian saringan yang dijalankan mendapati kedua suspek negatif dadah.

"Kedua tangkapan direman tujuh hari sehingga 27 Mei ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Tegasnya, siasatan mengenai kes ini akan terus dijalankan.

"Kita sedang giat mengesan beberapa lagi individu lain yang terlibat dalam kes penyeludupan dan pengedaran dadah ini," katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia