Tangki air 'bom jangka' bukan bawah DBKL

Kenyataan dimuatnaik DBKL di Facebook berkenaan isu tangki air uzur di Pangsapuri Blok 1&3 Taman Bukit Cheras,di sini
Kenyataan dimuatnaik DBKL di Facebook berkenaan isu tangki air uzur di Pangsapuri Blok 1&3 Taman Bukit Cheras,di sini
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerja baik pulih tangki​-tangki​ air yang uzur di ​Pangsapuri ​Blok 1 dan 3 Taman Bukit Cheras di sini, bukan di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

​Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahalan berkata, beliau sudah membuat lawatan ke lokasi pagi tadi bagi meninjau sendiri aduan berkaitan tangki air di kawasan berkenaan.

"Hasil pertemuan​ ​​itu, saya dah maklumkan kepada wakil penduduk dan pengurusan bangunan bahawa kerja baik pulih tersebut adalah di luar bidang kuasa DBKL.

"Bagaimanapun atas dasar khidmat sosial (CSR) DBKL serta keselamatan penghuni kedua-dua blok berkenaan,​ saya selaku Datuk Bandar bersetuju untuk DBKL membaiki tangki-tangki air tersebut​," katanya menerusi satu kenyataan di Facebook DBKL.

Nor Hisham memaklumkan penduduk bahawa kerja-kerja membaik pulih tangki air adaalh di luar bidang kuasa DBKL. -FOTO FACEBOOK DBKL
Nor Hisham memaklumkan penduduk bahawa kerja-kerja membaik pulih tangki air adaalh di luar bidang kuasa DBKL. -FOTO FACEBOOK DBKL

​Katanya, penduduk, pemilik serta pengurusan​ pangsapuri tersebut diingatkan ​agar tidak culas membayar dan memungut yuran penyenggaraan bagi memastikan keselesaan penghuni​.

ARTIKEL BERKAITAN: Tangki air uzur ibarat bom jangka

Kelmarin, Sinar harian melaporkan ​​kira-kira 2,500 penduduk pangsapuri di dua​ ​b​lok​ terbabit​ hidup dalam gelisah ekoran tangki air di kedua-dua bangunan kediaman itu sudah ibarat bom jangka yang boleh mengancam nyawa mereka​ sejak lima tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

D​ifahamkan,​ ​Perbadanan Pengurusan (MC)​ pangsapuri bagi kedua-dua blok itu ​tidak mampu untuk menanggung kos penggantian tangki-tangki berkenaan kerana terlalu besar​, ​sedangkan kutipan yuran penyelenggaraan hanya cukup untuk pengurusan penyelenggaraan lain.

Perkara itu turut diadukan penduduk kepada DBKL bagi memohon penggantian tangki air yang baharu.

Nor Hisham turun padang meninjau sendiri keadaan tangki air di lokasi yang didakwa uzur oleh penduduk. -FOTO FACEBOOK DBKL
Nor Hisham turun padang meninjau sendiri keadaan tangki air di lokasi yang didakwa uzur oleh penduduk. -FOTO FACEBOOK DBKL