Agong, Permaisuri berbuka bersama rakyat Melaka

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan beramah mesra bersama jemaah sebelum menunailam Solat Maghrib berjemaah selepas Majlis Berbuka Puasa di Masjid Al-Azim dekat Bukit Palah hari ini. Foto: Bernama

A
A
A

MELAKA - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat Melaka di Dataran Pusat Islam, Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini hari ini.

Ketibaan Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada kira-kira pukul 6.50 petang disambut Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Adly Zahari, isteri Dalilah Awaludin, barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka dan kira-kira 2,000 rakyat negeri ini.

Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah kemudian menunaikan solat Maghrib bersama-sama hadirin di majlis berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: