Muzik angklung iringi lagu Guru Malaysia

Video Idi Johan membuat persembahan menggunakan angklung bagi mengiringi lagu Guru Malaysia.
Video Idi Johan membuat persembahan menggunakan angklung bagi mengiringi lagu Guru Malaysia.
A
A
A

SABAK BERNAM - Seorang guru menunjukkan kemahirannya menggunakan alat muzik angklung bagi mengiringi lagu 'Guru Malaysia' sempena Hari Guru hari ini.

Idi Johan Mohd Zohdi, 38, berkata, persembahan alat muzik tradisional itu dipilih kerana ingin mencipta sesuatu yang baharu berbanding hanya mencipta dan menyanyikan lagu seperti sambutan hari guru pada tahun sebelumnya.

"Kepuasan untuk berkarya tidak terbatas. Saya masih juga mencipta lagu, tapi kali ini saya memilih angklung kerana mampu menghasilkan getaran lembut dan memberikan kesan terapi kepada pendengar," katanya.

Guru matematik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Mustaffa berkata, selain lagu 'Guru Malaysia' dia turut menggunakan muzik tradisional diperbuat daripada buluh itu mengiringi persembahan lagu popular lain.

"Saya beli set angklung ini di Bandung dan saya berharap dapat kolaboratif dengan pencinta angklung negara ini dalam satu pentas seni.

"Mereka yang berminat untuk melihat persembahan angklung boleh melayari dan mengikuti Facebook 'sentuhan angklung moden'," katanya.

Menurutnya, dia turut menerima undangan daripada pelbagai pihak bagi mengetengahkan persembahan bunyi mempesona itu.

"Saya terpaksa menolak dengan baik kerana berpendapat persembahan masih di taraf amatur dan mungkin perlukan sedikit masa lagi untuk membuat persediaan lebih baik," katanya.

Artikel Berkaitan:

Idi Johan berkata, dia turut melatih pelajarnya menggunakan alat seni tradisional dan menubuhkan kumpulan caklempong, cempuling, kompang dan kugiran di luar waktu sekolah.

"Tapi kumpulan angklung masih tidak dapat ditubuhkan kerana tiada set angklung yang baik untuk menjalankan aktiviti ini.

"Saya berharap jika ada mana-mana pihak yang sudi untuk menaja set angklung, saya sendiri akan menubuhkan kumpulan angklung di sekolah ini," katanya.

Sebelum ini tular video Idi Johan membuat persembahan menggunakan angklung mengiringi lagu Guru Malaysia di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Muzik angklung iringi lagu 'Guru Malaysia' SABAK BERNAM - Seorang guru menunjukkan kemahirannya menggunakan alat muzik...

Posted by Sinar Harian on Wednesday, May 15, 2019